BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan Program Bateri dan Lanjutan Waranti yang Terbaharu

Kuala Lumpur, 10 Jun 2020 – BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan program lanjutan waranti bagi motosikal-motosikal BMW yang disahkan, berserta dengan lanjutan waranti bertempoh 5 tahun bagi produk-produk helmet BMW.

Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia mengambil peluang untuk berkata, “Menuju ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), peminat motosikal boleh turun berkonvoi untuk Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan. Pada masa yang sama, kami di BMW Motorrad Malaysia akan memastikan para penunggang dibekalkan pengalaman pemilikan premium yang lengkap, dengan menyesuaikan khidmat premium kami agar ia dapat memenuhi segala situasi dan keperluan, khususnya pada detik ini. Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan para peminat motosikal untuk kembali ke jalan raya menerusi program-program istimewa bagi waranti, bateri dan helmet motorsikal.”dalam terma dan syarat waranti yang asal.

Untuk memudahkan pemilik yang menghadapi masalah bateri ketika PKP, BMW Motorrad Malaysia juga telah mengumumkan sebuah kempen istimewa untuk menawarkan para pelanggan bateri dan pengecas bateri motosikal BMW dengan julat harga baharu yang menarik. Kempen berkenaan akan berlangsung mulai hari ini sehingga 10 Julai 2020.

Menyerlahkan ekspresi tunggangan dan gaya sensasi BMW Motorrad, waranti bertempoh dua tahun yang sedia ada bagi semua helmet dalam barisan produk BMW Motorrad akan dilanjutkan kepada lima tahun. Secara retroaktif, tarikh mula tempoh sah bagi lanjutan waranti berkenaan ialah 1 Januari 2020. Waranti helmet

BMW Motorrad Malaysia sedang melanjutkan liputan waranti yang ditawarkan sehingga 1 Jun 2020 bagi motosikal-motosikal BMW sah yang warantinya bakal luput di antara 18 Mac 2020 dan 1 Mei 2020. Waranti berkenaan juga meliputi komponen-komponen tertentu yang lain. Tiada perubahan BMW yang bertempoh lima tahun ini meliputi masalah kecelaan material serta pembuatan produk berkenaan.

Lanjutan waranti BMW Motorrad bagi helmet tidak merangkumi sistem komunikasi BMW Motorrad, kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan, tingkah penjagaan yang kurang baik, serta pemasangan sistem dan aksesori pihak ketiga yang tidak sesuai. Kelusuhan yang lazim, kesan calar pada visor, visor matahari, petala helmet atau komponen plastik yang lain tidak diliputi oleh waranti tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/.