Gabungan Serasi GiVi M10.1 Acqua Bersama Vespa Retro

Kesempatan mencuba sebuah lagi topi keledar Retro keluaran Givi M10.1 Acqua. Rekabentuk yang ringkas tetapi memenuhi ciri keselamatan untuk kegunaan dijalanraya.

Kebetulan hari ini kami berkesempatan untuk mencuba helmet konsep retro dari Givi iaitu M10.1 Acqua. Teringat zaman persekolahan dulu pergi sekolah pakai helmet ‘steng’, yang menjadi ikutan seketika pada waktu itu. Kesempatan ini pihak Enjindotcom Kebetulan ada temu janji untuk baiki motosikal salah seorang rakan kerja di Apit Speed Garage.

Dengan kesempatan ini dan kesuaian topi keledar dengan rekabentuk retro ini, kita ‘cuba try’ kata orang. Topi keledar ini apabila disarungkan terasa amat padat Dan selesa tambahan kelegaan memakainya amat selesa sekali. Ditambah pula dengan “visor” pelindung yang amatlah bijak dikerjakan kerana sesuai digunakan waktu silau dan juga sebagai perlindungan mata ketika menunggang.

Setibanya di bengkel tersebut seperti yang di jangka oleh Kami adalah pandangan terpaku pada Vespa biru klasik yang berada di dalam bengkel. Tuan kedai (Apit) kata motor ni memang rare, susah nak cari yg masih ada aksesori asal lagi. Apa lagi kami pun minta izin untuk tangkap gambar bersama topi keledar Givi M10.1 Acqua bersama Vespa tersebut baru “Ngam”!!!.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat Apit Speed Garage untuk restorasi motosikal khususnya boleh melihatkan hasil kerjanya di facebook dan Instagram dengan menaip Apit Speed Garage. Bengkel Apit terletak di Lot 2320, Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Selangor. Apit (Afiq) boleh dihubungi di talian 013-3119098.