Honda CB250R Jentera Berpontensi Di Jalanraya Untuk Generasi Baru Dengan Bergaya.

Bagi kebanyakkan pengguna dan peminat motosikal, mereka memilih jentera untuk kegunaan harian sebagai pilihan utama mereka dengan kuasa enjin yang berbaloi dari segi kuasa dan penjimatan, ianya menjadikan kuasa enjin 250cc menjadi pilihan utama mereka. Salah satu motosikal yang mampu berpontesi untuk dijadikan pilihan mereka adalah CB250R. Admin telah berpeluang menguji motosikal ini, dengan bentuk ramping, ringan, mudah di kawal dan dengan kuasa yang sudah memandai untuk  kegunaan harian bagi mereka berulang-alik kerja atau dihujung minggu melayan hobi masing-masing.

Motosikal seperti ini ada kelebihannya, dengan rekabentuk yang mudah tetapi menarik dan bergaya, ianya mampu membuatkan CB250R ini menjadi daya ikutan fesyen dan bermotosikal bagi anak-anak muda yang sememangnya inginkan gaya dan prestasi seiring. Jika di perbanyakkan lagi kemunculan dan pengaruh CB250R ini dikalangan generasi muda dan peminat motosikal pastinya model ini juga mampu membuat kejutan dan menjadi pilihan bagi golongan pemilik baru dan kelompok yang sukakan aktiviti berkumpulan seperti kelab. Ini akan menjadi tarikan yang lebih selain aksesori tambahan yang harus ada dipasaran yang ternyata terbukti menjadi dorongan dan pilihan peminat motosikal untuk memilih terutama khas untuk CB250R ini.

Setelah Boon Siew Honda melancarkan model naked motosikal mereka Honda CB250R 2022 terbaharu untuk pasaran Malaysia, ianya datang dengan dua pilihan warna pilihan yang menarik iaitu Candy Chromosphere Red dan Mat Gun Powder Black Metallic. Dengan harga jualan ialah sebanyak RM 23,999.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan), dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km (mana yang terdahulu). Honda memang terkenal dengan kuasa enjin yang lembut dan tahan lasak untuk kegunaan harian sebagai pengangkutan utama bagi mereka yang berkerja atau hujung minggu sambil untuk berjalan-jalan.

Honda CB250R ini buat pertama kalinya telah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2018, dan kemudiannya ianya telah menerima kemaskini terakhir pada tahun 2019. Kini untuk musim 2022, Honda CB250R telah hadir dengan beberapa naik taraf baharu yang lebih menarik, yang mana ianya kini didatangkan sistem Assist & Slipper Clutch dan paparan panel meter digital LCD baharu dengan penunjuk gear yang jelas dan mudah dilihat. Satu perubahan yang bagus bukan sekadar perubahan warna sahaja yang selalu diketengahkan oleh sesetengah jenama di Malaysia ini.

Honda CB250R 2022 seterusnya turut dilengkapi fork depan jenis upside-down Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) 41 mm baharu, untuk prestasi tunggangan yang lebih baik dan pengambilan selekoh yang lebih agresif. Sistem suspensi belakang pula merupakan jenis monoshock dengan pelarasan prabeban lima tahap (5-step spring preload adjustment), untuk tunggangan yang mantap terutama ketika membawa beban.

Di bahagian brek pula, CB250R ini mengunakan cakera brek hadapan dalam saiz 296 mm (hubless floating disc with radial-mount Nissin 2-piston caliper), sementara di bahagian belakang ialah cakera 220 mm dengan kaliper piston tunggal. Sistem brek cakera itu kini lengkap dengan ABS dual-channel yang dikawal secara dinamik oleh IMU (Inertial Measurement Unit), untuk memastikan daya breknya diagihkan sama rata antara roda di hadapan dan belakang, serta meminimumkan lonjakan roda belakang untuk tunggangan lebih meyakinkan. Honda CB250R 2022 kekal dikuasakan enjin bersesaran 250cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC) dengan padanan transmisi enam kelajuan, yang menawarkan kuasa maksimum 27.2hp (20.3kW) @ 9,500rpm dengan janaan tork 23.4Nm @ 7,750rpm. Dengan kapasiti tangki bahan api 10.1 liter, berat keseluruhan model naked itu berada pada paras hanya 144 kg (curb weight).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *