Honda CB500X, Keseronokan Untuk Tunggangan Jauh Atau Dekat

Pulau Pinang, 14 Disember 2020, dari kegunaan sebagai komuter bandar hingga penjelajah di hujung minggu, Honda CB500X siap untuk apa sahaja kegunaan harian anda. Dengan gaya yang mempunyai kelebihan di dalam dunia pengembaraan serta dilengkapi dengan suspensi penyerap kejutan tiub tunggal dengan Lighter kerb weight tinggi, ditambah juga roda depan 19-inci ergonomi agar menunggang dengan selesa disebarang permukaan.

Honda CB500X 2021 terbaru ini akan mempunyai tiga warna iaitu Mat Gunpowder Black Metallic, Grand Prix Red & Pearl Metalloid White, masing-masing menampilkan sub bingkai belakang merah sebagai penghormatan kepada model Afrika Twin.

Berikut adalah rujukan mengenai Honda CB500X:
Honda CB500X mempunyai enjin 37kW ini adalah peningkatan dari model 2019 antaranya ekzos dan injap, disertai dengan Assist / Slipper Clutch yang memudahkan di dalam pengunaan gear naik dan turun dengan lancar. Kuasa puncak 37.1kW pada 8,500rpm, dengan tork 44.7Nm pada 7,000rpm.

Antara terdapat di Honda CB500X adalah:

• Gaya pengembaraan yang menarik.
• 8-Valve Parallel Twin DOHC engine.
• Isyarat Berhenti Kecemasan.
• Bunyi lebih sporty dari “dual-exit muffler”.
• Assist / Slipper Clutch.
• Lebih ringan.
• Suspensi perjalanan panjang dan roda depan 19 inci.
• Paparan instrumen LCD dengan Gear Position dan Shift up Indikator.
• Lampu LED penuh.

Honda CB500X pada tahun 2019 dilahirkan semula dengan gaya pengembaraan ‘Ready for the Wild’ yang jauh lebih agresif. Dengan peningkatan prestasi aerodinamik, dari udara bertekanan tinggi yang mengalir di sekitar fairing dan layar dapat dikurangkan, ia juga dapat meningkatkan perlindungan angin bagi penunggang pada kelajuan di lebuhraya. Kedudukkan tempat duduk juga telah dirampingkan ia bagi memudahkan pergerakan mengawal dan membantu jangkauan kaki di tanah dengan selesa. Untuk menolong kelancaran Honda CB500X ini, sudut stereng juga telah ditingkatkan 3 ° hingga 38 ° .

Roda depan 19 inci bersama dengan suspensi yang panjang untuk memastikan pengendalian yang yakin dan stabil pada permukaan kasar. Cakera brek 310mm depan tunggal dan kaliper brek dua omboh dipadankan dengan cakera belakang 240mm dan kaliper satu omboh. ABS dipasang sebagai standard.