Volvo Cars Malaysia mengesakan semua penumpang gunakan tali pinggang keselamatan melalui kempen #safeDrive

Volvo Cars Malaysia mengajak semua penumpang kenderaan dalam kempen mengunakan tali pinggang keselamatan melalui kempen #SafeDrive.

Sempena musim perayaan Aidilfitiri yang bakal menjelang tiba, serta ulang tahun ke-60 inovasi tali pinggang keselamatan dalam kenderaan.Volvo Cars Malaysia selaku pengeluar kenderaan premium, memperkukuhkan kesungguhan syarikat itu,  terhadap keselamatan dengan melancarkan kempen #safeDrive yang bertujuan memberi kesedaraan tentang kepentingan setiap penguna menggunakan tali pinggang keselamatan ketika di dalam kenderaan, terutama sekali bagi penumpang di bahagian belakang.

“Semua teknologi keselamatan automotif pada  kenderaan bergantung kepada pengunaan tali pinggang keselamatan sebagai faktor keselamatan yang utama.Menjadi salah tanggapan yang selalu dipercayai ialah bahawa beg udara dan struktur kerangka kenderaan semata-mata cukup untuk memberikan perlindungan kepada penumpang, ini sama sekali tidak tepat” jelas Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain.

Tali pinggang keselamatan kenderaan diperkenalkan oleh jurutera Volvo, Nils Bohlins pada tahun 1969 dan menjadi inovasi keselamatan paling utama dan penting pada kenderaan terutama kereta.Menyedari kepentingan itu, Volvo Cars menyerahkan paten alat berkenaan agar ia juga boleh dimanfaatkan oleh pengeluar kenderaan lain.Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Volvo Cars sejak 1060an, dijangkakan lebih daripada sejuta nyawa telah berjaya diselamatkan.

Dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)  dan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap pentingnya pengunaan tali pinggang keselamatan.

Volvo Cars secara aktifnya telah mengumpulkan data kemalangan jalanraya sejak 40 tahun lalu.Baru-baru ini Volvo Cars memgumumkan Project EVA ( Equal Vehicles for All), membolehkan mana-mana pengeluar kenderaan lain untuk bersama-sama mengunakan data kaji selidik yang telah dilakukan, untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat di jalanraya.Ini selari dengan keyakinan Volvo Cars bahawa keselamatan adalah untuk semua.