Pemenang Hadiah Utama “BMW e-Direct Debit Sign-Up & Win Campaign” Membawa Pulang Wang Tunai Berjumlah RM50,000

Kuala Lumpur, 4 September 2020 – BMW Group Financial Services Malaysia telah menyerahkan Hadiah Utama yang berupa RM50,000 kepada Bob Wang ZhongFeng pada hari ini sempena kempen “BMW e-Direct Debit Sign-Up and Win”, yang telah berlangsung dari 15 Oktober 2019 hingga 31 Mac 2020. Kempen ini telah dianjurkan menerusi kerjasama dengan rakan-rakan penaung Direct Debit – Citibank Malaysia Berhad (Citi Malaysia) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

“Sebagai pembekal servis kewangan kaptif yang pertama di Malaysia yang menawarkan solusi pembayaran seumpama ini, kami berbesar hati untuk melihat sambutan yang meluas ke atas servis ini dalam kalangan pelanggan kami di seluruh negara. BMW Group Financial Services Malaysia bertekad untuk melangsungkan usaha penginovasian solusi-solusi pembayaran untuk membekalkan fleksibiliti dan aksesibiliti yang bertaraf lebih tinggi pada masa akan datang. Kesetiaan yang ditunjukkan oleh para pelanggan kami meskipun ketika dilatari oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjadi penyala motivasi kami; dan kami ingin memanjatkan ucapan terima kasih kepada setiap individu yang telah mengambil bahagian dalam kempen ini,” ujar Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia.

Tobias Eismann telah menghadiahkan wang tunai berjumlah RM50,000 kepada pemenang, di samping Lee Lung Nien, Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, dan Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.

Bob Wang ZhongFeng, pemenang Hadiah Utama tersebut turut berkongsi, “Pendaftaran dalam talian bagi BMW e-Direct Debit melibatkan proses yang amat mudah dan lancar. Servis berkenaan meringkaskan proses pembayaran ansuran bulanan saya, dan sekarang saya boleh berlapang dada dan hanya nantikan notifikasi bagi pembayaran yang dibuat secara automatik pada setiap bulan. Saya ingin memuji BMW Group Financial Services Malaysia atas sikap profesionalisme dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh mereka kepada pelanggan.”

Sejak perungkaian servis pendaftaran BMW e-Direct Debit ini dibuat pada April 2019, BMW Group Financial Services Malaysia berjaya mengumpul lebih daripada RM6.4 juta melalui saluran ini. Solusi pembayaran tersebut – ditawarkan menerusi kerjasama dengan Citi Malaysia dan PayNet – membekalkan kemudahan dan keefisienan kepada para pelanggan BMW di seluruh negara. 

Direct Debit merupakan solusi pembayaran yang membolehkan pelanggan sesebuah perniagaan atau pengebil membuat bayaran berulang secara automatik daripada akaun bank mereka. Sejajar dengan pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW, pelanggan-pelanggan BMW boleh membuat pendaftaran bagi servis e-Direct Debit dengan mudah melalui aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+.

“Kerjasama antara Citi Malaysia dan BMW merupakan salah satu usaha yang dirumus untuk terus memacu inovasi dan pengerahan solusi-solusi e-bayaran yang bersifat ringkas, mudah dan lebih selamat. Kami menyedari bahawa digital ialah langkah ke hadapan, terutamanya ketika penularan wabak COVID-19. Kerjasama ini membolehkan Citi mendorong pemupukan solusi-solusi e-bayaran dalam kalangan pelanggan, atas sebahagian daripada komitmen kami untuk merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai di Malaysia,” terang Lee Lung Nien, Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia.

“PayNet berbesar hati kerana kolaborasi dengan BMW dan Citi Malaysia menerusi servis Direct Debit ini telah memberikan pelanggan mereka opsyen pembayaran yang mudah dan selamat. Direct Debit membolehkan para pelanggan berlapang dada kerana mereka tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yang mungkin dilupa untuk dibuat. Penyediaan saluran-saluran tanpa tunai sebagai pelengkap dan nilai tambah buat gaya hidup kewangan para pelanggan adalah penting untuk memacu peralihan ke arah masyarakat tanpa tunai,” simpul Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW e-Direct Debit dan pelbagai solusi-solusi pembayaran yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, sila klik DI SINI.