PEMENANG YAMAHA Y15ZR Sprinta Bonanza Julai 2019

KUALA TERENGGANU, 25 Ogos 2019 – Seorang ibu tiga anak merupakan pemenang terbaru peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB) bagi bulan Julai. Puan Norasyikin bin Mohd Salleh berasal dari negeri Johor memasuki peraduan dengan pembelian pakej minyak pelincir dan Tshirt Sprinta dari khemah PETRONAS di kejohanan PETRONAS Cub Prix di Pontian, Johor pada Julai lalu.

Bersyukur dengan rezeki berkenaan, beliau memberitahu suaminya memang sudah berhasrat untuk membeli motosikal model YAMAHA Y15ZR ini dalam masa terdekat. Namun, panggilan kemenangan beliau dari pihak PLMMSB memang cukup mengujakan dan sekaligus membatalkan niat suami untuk membeli tersebut.

Beliau bersama keluarga telah datang ke acara PETRONAS Cub Prix pusingan keenam di litar Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk majlis penyampaian hadiah kemenangan motosikal berkenaan. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini :-

Julai    :        Norasyikin binti Mohd Salleh

Jun     :        Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin

Mei     :        Muhamad Faez bin Aju

April    :        Mohd Arif bin Mohmad Yasin

Mac    :        Sahrulnaim bin Sahrahan

Masih terdapat dua(2) buah YAMAHA Y15ZR (atau popular dengan Ysuku) untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan pada 30 September nanti. Hadiah kedua (YAMAHA R25) dan utama (YAMAHA R6) peraduan bakal disampaikan di acara bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

GALERI