PETRONAS Auto Expert berkembang pesat di Lembah Klang

PETRONAS Auto Expert, pusat servis automotif yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB) dilancarkan pada April lalu semakin berkembang pesat sejajar dengan pelan pembangunan yang di rancang pihak syarikat pengeluar petroleum negara itu.

Setakat November 2019, sebanyak tujuh(7) cawangan telah beroperasi sepenuhnya. Bagaimanapun, Fasa 1 projek berkenaan masih menumpukan kawasan Lembah Klang sebagai perintis dan berhasrat mengembangkannya ke seluruh negara pada masa terdekat. Setakat ini sambutan terhadap PETRONAS Auto Expert sangat memberangsangkan dan sekaligus menyumbang kepada pertambahan jualan minyak pelincir kereta, PETRONAS Syntium yang menjadi produk utama keluaran PLMMSB.

“PETRONAS sangat membantu di dalam pelan jangka panjang kami di bidang servis automotif. Jualan kami telah melonjak sebanyak lebih 120% berbanding sebelum PETRONAS Auto Expert menjadi jenama utama pusat servis kami di Shah Alam. Maklum balas dari pelanggan sedia ada dan baru memberi indikasi yang konsep pusat servis PETRONAS Auto Expert ini berdaya saing serta berpotensi untuk berkembang maju. Tunjuk ajar dan kerjasama dari pasukan projek khas Auto Expert di PLMMSB sangat membantu kami” kata Muhamad Eezam Masripan, salah seorang pengusaha kepada tiga (3) cawangan PETRONAS Auto Expert.

Di PETRONAS Auto Expert, pelanggan dijamin akan menerima perhatian sepenuhnya dari pakar mekanik terlatih beserta penggunaan alat teknologi terkini dari awal diagnosis, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya.

Berikut adalah cawangan PETRONAS Auto Expert sehingga November 2019 :-

  1. PETRONAS Auto Expert Shah Alam Seksyen 15
    No 43, Jalan 15/23, Seksyen 15,
    Tiong Nam Industrial Park,
    40200 Shah Alam, SELANGOR
    Tel : 018-242 4680
    Map : https://g.page/AutohausKLShahAlam?share
  2. PETRONAS Auto Expert Seri Kembangan
    No 1, Jalan BPP 5/2,
    Pusat Bandar Putra Permai,
    43300 Seri Kembangan, SELANGOR
    Tel : 019-272 6262
    Map : https://g.page/ahklsk2?share
  3. PETRONAS Auto Expert Sri Manja
    No 1, Jalan Sri Manja 12,
    Taman Sri Manja,
    46000 Petaling Jaya, SELANGOR
    Tel : 016-318 3155
    Map : https://g.page/autohausklpj?share
  4. PETRONAS Auto Expert Sri Batu Caves
    No 20, Jalan SBC5,
    Taman Sri Batu Caves,
    68100 Batu Caves, SELANGOR
    Tel : 016-350 4752
    Map : https://goo.gl/maps/vFEh4AWhX328RyFLA
  5. PETRONAS Auto Expert Semenyih
    No 4G, 6G & 8G, Jalan 5/11,
    Bandar Rinching,
    43500 Semenyih, SELANGOR
    Tel : 017-266 5449
    Map : https://goo.gl/maps/wUwPjR2DoLiftB9D8
  6. PETRONAS Auto Expert Kajang
    No 23G, Jalan Putra 2,
    Taman Putra Kajang,
    43000 Kajang, SELANGOR
    Tel : 014-668 8387
    Map : https://goo.gl/maps/bfN5J9Uy2cQiVTnD6
  7. PETRONAS Auto Expert Bandar Bukit Raja
    No 7-1A, Persiaran Astana,
    Bandar Bukit Raja,
    41050 Klang, SELANGOR
    Tel : 012-904 4584
    Map : https://goo.gl/maps/ux4doJMeT8Btr6QS9

Untuk maklumat lanjut mengenai PETRONAS Auto Expert, sila hubungi En. Dhiyauddin Abdullah di email [email protected]