PROTON PERKENAL X70 EDISI MERDEKA

Proton X70 Edisi Merdeka.

Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-62,  Proton telah melancarkan Proton X70 edisi khas bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan dari yang biasa.

Sebanyak 62 unit Proton X70 Edisi Merdeka menggunakan Proton X70 Premium yang hadir dengan 2 warna iaitu putih (snow white) dan juga merah (flame red).

Perbezaan yang dibuat pada model Edisi Merdeka ini ialah bahagian luarannya dikenakan dengan warna Quartz Black pada pillar A dan bumbungnya serta visor pintu yang dipasang disekelilingnya beserta plat pelindung (scuff plate) pada bahagian bumper belakang. Tidak ketinggalan juga logo atau emblem edisi khas pada bahagian belakang Proton X70 ini.

Pada bahagian dalaman pula dilengkapi dengan alas kaki rekaan baharu, pelapik but belakang beserta lambang Edisi Merdeka dengan nombor khas menjadikan model edisi terhad ini unik.

“Proton X70 Edisi Merdeka ini merupakan hasrat Proton yang ingin meraikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-62. Proton juga berterima kasih kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia yang menyokong penuh Proton selama ini.” Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chungrong.

 

  • Pengeluaran terhad sebanyak 62 unit bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-62
  • Berharga pada RM126,100 dan dihasilkan secara ekslusif dalam varian Premium berwarna putih dan merah

Subang Jaya, 16 Ogos 2019 – PROTON melancarkan SUV keluaran terhad pertama dengan memperkenalkan Proton X70 Edisi Merdeka (EM) di salah sebuah cawangan pengedarnya iaitu di pusat pameran 4S Ming Heng Motor terletak di Setapak. Didatangkan secara ekslusif pada model Proton X70 varian premium, sebanyak 62 unit Proton X70 EM ditawarkan pada harga RM126,100 dengan dua warna pilihan iaitu putih (snow white) atau merah (flame red).

Dihasilkan seiring dengan ulang tahun Merdeka ke-62
Model edisi terhad yang dikeluarkan ini seiring dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-62. Matlamat PROTON adalah untuk menjual keluaran edisi terhad ini semasa Bulan Kemerdekaan iaitu Bulan Ogos di mana Syarikat yakin ianya mampu dicapai memandangkan permintaan tinggi terhadap model ini.

Secara mekanikal, Proton X70 EM ini mempunyai ciri-ciri yang sama pada varian Premium SUV sedia ada Syarikat. Perbezaan yang dilakukan adalah pada rekaan luar dan beberapa tambahan pada bahagian dalam. Pada bahagian luar, bumbung dan bahagian A-pillar telah diwarnakan dengan cat yang dikenali sebagai Quartz Black. Visor pintu turut dipasang di sekeliling kereta bersama plat pelindung (scuff plate) di bampar belakang dan bagi melengkapkan sentuhan akhir, lambang atau emblem ‘Merdeka Edition’ telah diletakkan di bahagian belakang.

Di bahagian dalam pula, PROTON turut menggantikan alas kaki baharu, pelapik but belakang dan lambang Edisi Merdeka bernombor khas untuk menjadikan setiap unit model ini unik. Kerusi dengan kulit Nappa dan bumbung kaca serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terdapat pada varian Premium sedia ada turut dilengkapkan pada model EM ini.

“Proton X70 Edisi Merdeka ini merupakan hasrat PROTON yang ingin meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kami amat berterima kasih di atas sokongan daripada pelanggan dan kerajaan Malaysia terhadap PROTON, jadi melalui pengeluaran model Proton X70 edisi khas ini adalah cara Syarikat menunjukkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

‘Like’ dan ‘Share’ Facebook ENJIN DOTcom dan ‘Follow’ kami di Instagram. Jangan lupa menetapkan ENJIN DOTcom sebagai ‘See First’ di FB anda!
 
#proton #x70 #protonx70edisimerdeka #merdeka #enjindotcom #itsinthedrive