VESPA MALAYSIA MELANCARKAN BILIK PAMERAN DI KUCHING SARAWAK, YONG SPORT MOTOR (VESPA KUCHING)

KUCHING, 10 OKTOBER 2020 – Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia, dengan bangga telah mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran Vespa di Kuching, Serawak yang menawarkan pelbagai jenama ikonik Vespa sebagai kedai konsep dinamik dan membawa rangkaian produk yang komprehensif, serta pusat perkhidmatan pelanggan, menjadikannya destinasi persinggahan untuk peminat kenderaan bermotor roda dua.

Bagi Didi Resources, pelancaran Yong Sport Motor (Vespa Kuching) menandakan peristiwa penting, kerana ia menjadikan sebagai bilik pameran Vespa 3S pertama di Sarawak. Tahniah juga kepada Yong Sport Motor (Vespa Kuching) yang telah memperkenalkan dan membawa jenama Vespa di Sarawak, yang akan membantu untuk terus memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan kehadiran Vespa di Malaysia. Pembukaan Vespa di Kuching juga mencerminkan pengukuhan jaringan pengedaran Vespa di Malaysia ”kata Encik Rewi Hamid Bugo, Ketua Umum, Didi Resources Sdn Bhd.

Yong Sport Motor (Vespa Kuching) adalah peniaga 3S rasmi Didi Resources di Sarawak yang juga menggunakan Identiti Korporat bilik pameran Vespa yang baru. Bilik pameran ini membawa pelbagai model yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan Vespa di Sarawak khususnya Kuching dan kawasan sekitarnya.

Di samping itu, semua pelanggan Vespa yang ada dapat menikmati perkhidmatan yang serba lengkap melalui pusat perkhidmatan Vespa Kuching Pusat 3S Vespa Kuching terletak di Hakka Avenue Estate, Kuching, Sarawak dan merangkumi kedua-dua kemudahan penjualan dan perkhidmatan. Ruang pameran mempamerkan semua model Vespa yang tersedia di seluruh negara, dan selain Pusat Servis, fasilitas ini juga menawarkan ruang menunggu yang selesa dan pelbagai kemudahan gaya hidup. Ini akan memberi pelanggan Vespa pengalaman pemilikan yang lebih memuaskan dan menawarkan elemen gaya hidup yang memancarkan keperibadian jenama Vespa.