WMOTO telah melancarkan skuter 250cc, iaitu XDV250i. Seiring dengan tagline “Ketangkasan Sebenar”.

WMoto kini telah menampilkan model terbaru mereka iaitu sebuah Adv Skuter 250 yang telah sekali lagi memberikan kejutan segmen XDV yang bakal meletop dipasaran. Dengan enjin 244cc single cylinder single cam 4 valve, EFI, antara pakej menarik yang mampu memberikan sesuatu kelainan untuk peminat-peminat skuter di Malaysia. Ini menarik minat lagi bagi mereka yang gemarkan aktiviti pengembaraan perjalanan jarak jauh, yang mana telah menjadi ikutan peminat-peminat motosikal masakini.

Apa yang menarik selain rekabentuknya yang seakan sama dengan model satu jenama dari negara Jepun adalah kualiti semakin bagus dan kemas. Boleh dilihat kualiti binaan skuter ini ianya mampu setanding dengan motosikal berada dipasaran dan terutama saingannya dari Jepun.  Semua bahagian panel dan kualiti plastik nampak kemas dengan baik, setakat uji pandu dibuat selama seminggu oleh kami, boleh dikatakan ianya boleh diterima pakai. Untuk XDV ini untuk dalam perjalanan di dalam Bandar terutama dalam keadaan kesesakan jalanraya ianya amat mudah dikawal kerana bentuk yang tidak terlalu lebar dan panjang, menunggang dijalan basah terutama musim hujan ianya benar-benar teruji ketangkasan skuter ini, tak goyang!!. Rekabentuk yang padat kecil dari skuter jenama lain dipasaran, dengan mudah ianya menyusuri jalanraya. Untuk perjalanan dilebuhraya kelajuan sekitar 110 hingga 135 sudah cukup memadai selesa biar pun skuter ini mampu lebih lagi kelajuannya, tetapi saiz tayar 13″ yang kecil, rasanya tak berapa menarik,  alangkah baik jika saiz jadi 15″ kestabilan lebih menyakinkan. Suspensi KYB yang dipasangkan begitu berfungsi dengan baik terutama diselekoh.  Pengendalian skuter ini benar-benar diluar jangkaan malah lebih baik dari jenama lain dipasaran .

Untuk keselamatan maksima, Ia juga dilengkapi dengan brek cakera di hadapan dan belakang serta sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, yang lebih selamat dan yakin kepada penunggang terutama semasa membrek kecemasan.Skuter WMoto XDV250i 244cc dijana oleh 4-lejang, silinder tunggal dan 4-injap serta mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 24.8Hp pada 8,750rpm dan tork maksimum 23.0Nm pada 6,750rpm dengan sistem penyejukan cecair. Dari segi teknikal yang lain, skuter ini turut mematuhi piawaian emisi Euro 4 dan dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik.

Skuter WMOTO XDV250i hadir dengan cermin penghadang angin boleh laras dan didatangkan dengan lampu projektor dan DRL teknologi LED untuk jangka hayat lampu yang lebih lama serta melihat dengan lebih jelas semasa menunggang. Selain itu, lampu kecemasan turut disertakan dan panel paparan LCD penuh. WMoto XDV250i memiliki tangki bahan api dengan kapasiti 13.5-liter yang memberikan anda lebih kilometer semasa menunggang. Manakala untuk kemudahan para penunggang, terdapat juga port USB di mana anda boleh mengecas telefon pintar anda dan di dalam ruang simpan di bahagian depan skuter serta penyambung kuasa 12V10A.

Model ini juga dilengkapi dengan sistem ABS XDV dan brek yang berfungsi dengan baik di hadapan dan belakang, admin telah merasai detik cemas sendiri ketika kesesakkan jalanraya waktu hujan, ianya berhenti dengan baik. Kuasa mengerakkan skuter ini cukup memadai dipermulaan, tetapi kelajuan akan meningkat dengan cepat hingga mampu mencapai hingga 135 – 153 ikut berat badan seseorang penunggang, kecuali admin yang ringan ini, tetapi disebabkan saiz tayar kecil ini agak merbahaya, lagi pun skuter ini bukan untuk dibuat untuk kelajuan. Ruang tempat penyimpan di bawah tempat duduk mampu meletakkan topi keledar penuh muka atau barang keperluan lain dan cukup besar yang sesuai untuk kegunaan harian. Nampaknya terdapat pilihan dengan OEM Panniers untuk menjadikannya kelihatan lengkap untuk pengembara jarak jauh dan dengan rim jejari tanpa tiub,segak!!.

Walaupun ianya belum boleh diuji ketahanan sepenuhnya selagi, kerana ianya baru sahaja berada dipasaran di Malaysia ini, belum lama di belasah oleh penguna di sini, ianya tidak adil untuk di berikan keputusan. Akan tetapi untuk penampilan pertamanya dan diuji selama 7 hari dalam semua keadaan jalan dan cuaca panas dan hujan, ianya satu pembelian yang terbaik untuk segmen skuter 250 seperti ini buat masakini.

Varian Project-X memiliki penghadang angin boleh laras yang lebih tinggi, rim spoke tanpa tiub serta 3 kotak simpanan di bahagian sisi dan belakang. WMoto XDV250i boleh didapati di pengedar sah WMoto seluruh Malaysia bermula esok dan dijual pada harga permulaan RM18,888.00 bagi kategori Standard dan RM21,888.00 untuk Project-X tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran. Varian Standard menawarkan dua warna pilihan; Admiral Blue dan Scarlet Red. Manakala, bagi varian Project-X cuma didatangkan dengan satu warna iaitu Majestic Black.

Dengan setiap pembelian WMoto XDV250i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *