BMW Group Financial Services Malaysia mengiktiraf barisan pemegang taranya di Malam Apresiasi 2023.

BMW Group Financial Services Malaysia baru sahaja mengadakan acara malam apresiasi bagi 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-pelanggan korporat utama, rakan-rakan perniagaan dan jaringan pengedarannya bagi meraikan sumbangan dan sokongan tidak berbelah bahagi mereka dalam membantu Kumpulan ini mencapai pelbagai kejayaan sepanjang beberapa tahun yang lalu. 

Matthias Schlesiger, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia menyatakan, “Biarpun berhadapan dengan cabaran pandemik sejak tiga empat tahun yang lalu, kami berjaya mara ke hadapan dengan hasil sokongan dan sumbangan para pelanggan serta rakan-rakan organisasi kami.”

“Kami ingin mengunjurkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan korporat dan juga rakan-rakan perniagaan kami atas usaha kolaboratif mereka, dan kami berharap hubungan ini akan terus mekar sambil kita menginjak ke hadapan. Kami juga ingin menunjukkan penghargaan kepada rakan-rakan pengedar kami atas dedikasi mereka dalam memastikan jenama kita terus menjadi pilihan No. 1 dalam segmen automotif premium. Sambil kita bergegas untuk menjadi jenama automotif paling lestari menjelang tahun 2050, dengan Malaysia sebagai hab elektrik dan automotif untuk BMW Group, harapan kami adalah untuk terus menggiatkan usaha sama dengan para pemegang tara kami bagi memastikan kita dapat menawarkan solusi-solusi lestari yang mampu berpucuk daripada seluruh perniagaan kami,” tambah Schlesiger.

Sejajar dengan sambutan kecemerlangan BMW Group Malaysia dalam arena Mobiliti Berelektrik, Malam Apresiasi ini juga telah mempersembahkan jentera elektrik tulen BMW iX di samping jentera BMW i7 yang amat dinanti-nantikan. Majlis tersebut juga disempurnakan dengan peraduan cabutan bertuah, sajian muzik dan sesi bergambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *