BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound membuka pendaftaran bagi Program Subsidi NEXTStep.

BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan Program Subsidi NEXTStep menerusi kolaborasi dengan rakan kongsi jangka panjangnya, Safe ‘n Sound untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh buat para ibu bapa dalam kategori pendapatan B40.

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound telah diperkenalkan atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, berlatarkan kejayaan satu lagi program subsidi yang menyaksikan 300 buah kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi diserahkan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia sejak penghujung tahun 2019. Program subsidi terbaharu ini akan membekalkan para ibu bapa kerusi kereta kanak-kanak dengan had berat sehingga 36 kg menerusi sumbangan yang dibuat sebelum ini oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Sejak lebih daripada lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendorong para keluarga untuk mengambil tindakan agar amalan keselamatan kereta yang lebih bertanggungjawab menjadi kebiasaan di Malaysia. Meskipun kami telah memberi penekanan yang tinggi ke atas kerusi kereta kanak-kanak sejak mutakhir ini menerusi pelbagai program dan usaha sama kami, kami sedar bahawa isu penerimagunaan yang rendah harus diatasi dengan melangkaui pendekatan yang bersifat verbal semata-mata ataupun menerusi pemberian subsidi separa, khususnya buat komuniti yang memerlukan pada saat ini. Dengan Program Subsidi NEXTStep, kami berhasrat untuk terus menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses buat para ibu bapa yang memerlukan.”

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound disediakan khas untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau dengan anak berkeberatan sehingga 36 kg, dan dengan pendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500. Ibu bapa boleh mendaftar untuk mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak tersebut di lama web Safe ‘n Sound mulai hari ini hingga 22 Mei 2022. Ibu bapa yang layak akan dimaklumkan oleh Safe ‘n Sound melalui WhatsApp, Ibu bapa yang terpilih di luar kawasan Lembah Klang akan dimaklumkan mengenai status penghantaran kerusi tersebut, manakala ibu bapa di dalam kawasan Lembah Klang akan diberi makluman tarikh, waktu dan lokasi untuk mengambil kerusi kereta kanak-kanak mereka.

BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound akan memberi subsidi penuh bagi kerusi-kerusi berikut, termasuk caj penghantaran kepada penerima di luar Lembah Klang. Kerusi yang bersesuaian akan dipilih untuk penerima mengikut berat dan tinggi anak-anak mereka, serta spesifikasi kenderaan masing-masing.

 Penggunaan ProdukHarga Runcit
snskidz AceDari berat kelahiran sehingga 13 kgRM 199
Kerusi snskidz Whizz ISOFIXDari berat kelahiran sehingga 18 kgRM 499
Kerusi snskidz SportDari berat kelahiran sehingga 18 kgRM 279
Kerusi snskidz Proto (dengan pilihan adanya ISOFIX)Antara 13 kg hingga 36 kgRM 399
Kerusi Booster MifoldAntara 15 kg hingga 36 kgRM 199

“Berlatarkan sambutan Hari Raya tahun ini, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para penganut. Bagi mereka yang sedang pulang ke bandar dari kampung halaman bersama anak-anak, kami ingin menggesa ibu bapa untuk mengutamakan keselamatan anak-anak mereka dengan memastikan kerusi kereta kanak-kanak yang betul digunakan semasa perjalanan,” simpul de Visser.

Leave a Reply

Your email address will not be published.