BMW Group Malaysia Umum Kempen-Kempen Menarik Sempena Ulang Tahunnya Ke-20

Meraikan 20 tahun komitmen untuk menyampaikan kenderaan dan perkhidmatan yang luar biasa bersama janji “Sheer Driving Pleasure” di Malaysia, BMW Group Malaysia memperingati 20 Tahun Kecemerlangan dengan memperkenalkan logo eksklusif ulang tahun ke-20 yang melambangkan visi dan dedikasi kecemerlangan BMW Group Malaysia selama dua dekad ini. Di samping itu, BMW Group Malaysia memperkenalkan pelbagai tawaran menarik buat para pelanggan, yang mengukuhkan komitmen mereka dalam menawarkan perkhidmatan dan kenderaan premium kepada pemilik BMW. Tawaran eksklusif ini dibuka mulai hari ini hingga 30 Jun, sejajar dengan komitmennya untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium buat para pelanggan.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Bersempena dengan sambutan ulang tahun BMW Group Malaysia yang ke-20, kami berasa amat teruja untuk meraikan para pelanggan dan rakan-rakan korporat kami dengan cara yang istimewa, berlatarkan komitmen selama 20 tahun kami dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang tiada bandingannya, termasuk teknologi-teknologi inovatif, serta pelbagai solusi mobiliti yang lestari. Kami ingin meneruskan perjalanan kami dalam usaha untuk mencorak mobiliti masa depan Malaysia bersama-sama para pelanggan dan segenap peminat kami.”

Program-Program Ulang Tahun Ke-20 yang Istimewa buat Pelanggan di Malaysia.

Program-program Ulang Tahun Ke-20 ini dirumus untuk menawarkan nilai yang hebat serta insentif yang eksklusif buat para pelanggan, iaitu bagi kenderaan yang dibeli pada bulan Jun 2023. Kempen ini memperkenalkan tawaran-tawaran yang menarik seperti berikut:

  • Pakej Pengecasan Tanpa Had 1 Tahun dengan Keahlian JomCharge: Menjadi sebahagian daripada kempen bertempoh terhad ini, BMW Group Malaysia menawarkan Pakej Pengecasan Tanpa Had 1 Tahun dengan Keahlian JomCharge. Pakej ini ditawarkan buat 300 pelanggan yang terawal, membolehkan mereka menikmati kemudahan pengecasan tanpa had, memperkayakan lagi pengalaman pemilikan kenderaan elektrik BMW mereka.
  • Program BMW i Wallbox: BMW Group Malaysia menawarkan Program BMW i Wallbox yang serba eksklusif, hadir dengan khidmat pemasangan percuma bagi pelanggan BEV mereka yang sedang mencari solusi pengecasan di rumah. Tawaran ini disediakan secara eksklusif pada bulan Jun 2023 dan dirumus untuk menawarkan keupayaan pengecasan yang mudah lagi efisien di kediaman pengguna.

Di samping itu, sempena kempen Ulang Tahun Ke-20 ini juga, BMW Group Financial Services Malaysia telah mengumumkan tiga opsyen pembiayaan yang istimewa bagi kenderaan-kenderaan BMW yang terpilih untuk tahun 2023. Para pelanggan layak menikmati opsyen-opsyen yang berikut dengan pembelian yang dibuat:

  • Opsyen A: Kadar Faedah ‘Straight Line’ sehingga 2.08% untuk pinjaman bertempoh tiga hingga lima tahun bagi pembelian BMW 218i GC M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 530i M Sport, BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30e M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport, BMW X4 xDrive30i M Sport dan BMW X5 xDrive45e M Sport dengan Laserlight.
  • Opsyen B: Kempen Rebat Tunai BMW Easy Drive menawarkan pulangan sehingga RM 10,000 bagi pembelian mana-mana model kenderaan tahun 2023, tidak termasuk BMW 750e xDrive Pure Excellence, BMW XM, BMW XM Label Red dan BMW iX M60.
  • Opsyen C: Kempen BMW Special Easy Drive membolehkan pelanggan yang ingin membeli model-model berelektrik BMW yang terpilih menikmati ansuran bulanan yang rendah bermula daripada RM 3,999.00 sebulan. Model-model berelektrik BMW tersebut meliputi BMW iX xDrive 40, BMW iX xDrive 40 Sport, BMW iX xDrive 50 Sport dan BMW i4 eDrive40 M Sport.

Di sebalik aneka tawaran yang menarik ini untuk para pelanggan di Malaysia, pengeluar kenderaan premium ini juga telah menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan dalam rangkaiannya setakat ini, bagi meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan buat komuniti EV yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Akses ke atas fasiliti-fasiliti ini dibekalkan menerusi usaha sama dengan ChargEV, Yinson Greentech, JomCharge, Gentari serta rakan-rakan baharu seperti Shell Recharge dengan ParkEasy, ChargeN’Go, ChargeSini, Go To-U, dan FlexiParking. Lebih 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah, termasuk premis rakan-rakan niaga di serata negara.

Untuk memudahkan lagi peralihan ke arah EV di Malaysia, Persijilan Pakar Voltan Tinggi BMW, iaitu antara program persijilan BMW Group yang paling mencabar, telah diperkenalkan pada Julai 2022 untuk para juruteknik voltan tinggi dari seluruh rangkaian pusat pengedaran tempatan – dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang mobiliti elektro dengan standard bertaraf antarabangsa. Pakar Voltan Tinggi ini akan memiliki kelayakan untuk melakukan servis dan pembaikan di seluruh dunia bagi kenderaan-kenderaan BMW i yang tercanggih.

Kempen Eksklusif untuk Pelanggan Korporat.

BMW Group Malaysia juga memperkenalkan program sambutan Ulang Tahun Ke-20 yang istimewa buat para rakan-rakan korporatnya. Program korporat ini dirumus secara khas untuk model-model BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive50, dan BMW i4 eDrive40, dan ia akan ditawarkan secara eksklusif pada bulan Jun 2023.

Kempen tersebut menawarkan kepada semua pelanggan korporat BMW, termasuk rakan Servis Kewangan berdaftar serta badan kerajaan dan antarabangsa sebuah faedah yang unik dan juga insentif yang menarik dalam usaha untuk menyuburkan arena mobiliti lestari melalui barisan kenderaan berelektrik BMW.

Sepanjang bulan Jun, pelanggan-pelanggan korporat dapat menikmati pelbagai tawaran menarik bagi jentera BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive40 Sport, dan BMW iX xDrive50 Sport serta Diskaun 4% bagi BMW i4 eDrive40 M Sport.

Di samping itu, para pelanggan korporat juga dapat menikmati Pakej Pengecasan Tanpa Had 1 Tahun JomCharge, Pakej BMW i Wallbox serta Bantuan Pemasangan Wallbox bagi kesemua model yang dinyatakan tadi.

Di bawah Servis Kewangan, para pelanggan korporat boleh menikmati Kadar Faedah ‘Straight Line’ sehingga 2.08% untuk pinjaman bertempoh tiga hingga lima tahun bagi pembelian BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30e M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport, dan BMW X4 xDrive30i M Sport, di samping Rebat Tunai BMW Easy Drive bagi semua model tahun 2023 kecuali BMW 630i GT LCI dan BMW X7 xDrive40i LCI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *