BMW Malaysia perkenal kenderaan BMW XM Label Red yang sulung.

BMW Malaysia hari ini telah merungkaikan dua model berjata M sulung yang baharu, satu di bawah jenama BMW dan satu lagi di bawah BMW Motorrad. Jentera BMW XM Label Red baharu dirumus untuk menunaikan janji Sheer Driving Pleasure dengan mengetengahkan elemen kuasa dan kemewahannya, turut hadir dengan lebih 50 opsyen warna bagi memaksimumkan aspek personalisasi, sementara motosikal roadster super sport BMW M 1000 R yang baharu pula tiba dengan keeksklusifan premium serta dinamik tunggangan yang tiada bandingannya.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Menggandingkan Aksara Terunggul di Dunia dengan janji ‘Sheer Driving Pleasure’ dan ‘Make Life A Ride’, dua model berjata M yang baharu ini merupakan rangkuman yang amat memukau dalam barisan kenderaan berprestasi tinggi kami untuk pasaran Malaysia. Dengan BMW XM Label Red baharu, kami bawakan buat para pelanggan di sini – kenderaan produksi BMW yang paling berkuasa tinggi pernah dibangunkan setakat ini! Iterasi BMW XM tersebut menjamin keterujaan dan keupayaan personalisasi buat para pelanggan yang mementingkan aspek kemewahan dan juga prestasi dinamik. Berjantungkan enjin V8 berkuasa tinggi, juga efisien bersama sistem BMW M Hybrid, kami yakin bahawa jentera SAV (Sports Activity Vehicle) ini bukan sahaja akan mencuri perhatian di jalan raya, tapi juga mengubah persepsi orang ramai mengenai kenderaan berelektrik berasaskan prestasi di Malaysia.”

“BMW M 1000 R baharu dirumus untuk memenuhi keperluan para penunggang yang mendahagakan prestasi, keeksklusifan, dan individualiti, kerana ia menjanjikan sebuah pengalaman BMW M yang serba lengkap menerusi portfolio motosikal premium kami di Malaysia. Dengan menonjolkan tarikan model-model BMW berprestasi tinggi dalam segmen beroda dua kami, kami sedang mencorak sebuah dimensi baharu bagi para pelanggan dan segenap peminat BMW Motorrad untuk mengalami keunggulan jenama ini,” tambah de Visser.

BMW XM Label Red Baharu.

BMW XM Label Red baharu menggabungkan sistem BMW M Hybrid yang efisien dengan enjin V8 M TwinPower Turbo 4.4 liter untuk membekalkan kuasa setinggi 748 kk (550kW). Dengan puncak tork bernilai 1,000Nm, BMW XM Label Red baharu mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100km/j hanya dalam masa 3.8 saat. Sistem BMW M Hybrid tersebut juga menjamin tahap keefisienan yang tinggi, membekalkan jarak operasi elektrik sejauh 83 kilometer (WLTP).

Dalam BMW XM Label Red baharu, iras yang sinonim dengan BMW XM turut diperkayakan dengan dua opsyen warna baharu bagi jalur aksennya, iaitu Toronto Red atau Shadowline – kedua-duanya disempurnakan dengan garis bentuk merah pada designasi model ‘XM’ yang terletak di pintu hadapan. BMW XM Label Red baharu dapat disuaikan dengan 50 opsyen warna dan para pengguna boleh memvisualkan padanan warna tersebut dengan kemudahan BMW Individual Visualizer. SAV baharu ini juga hadir dengan dua opsyen roda yang baharu sebagai elemen individualiti tambahan, iaitu set roda aloi ringan M 22 inci dwiwarna dengan aksen merah yang sepadan dengan jalur aksen Toronto Red, atau set roda aloi ringan M 23 inci dwiwarna dengan aksen hitam dalam penggayaan Star Spoke, sepadan dengan jalur aksen Shadowline.

Motif dwiwarna yang menawan juga dapat dilihat di dalam jentera BMW XM Label Red, seperti pada upholsteri mewahnya yang menampilkan tekstur berbentuk berlian dengan sulaman merah. Aksen merah turut dapat dilihat pada panel instrumen, trim pintu, serta konsol sentral.

Program pembiayaan dinamik untuk BMW XM Label Red baharu.

Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW XM Label Red baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM18,707.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun). 

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh. 

Para pemilik BMW XM Label Red baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi: 

•           Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh      BMW 

•           Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW 

•           Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW 

•           Servis Dalam Talian BMW 

Harga runcit bagi BMW XM Label Red baharu dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW XM Label Red Baharu BMW XM Label Red Baharu (LKW)RM1,615,800.00  RM   939,800.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *