BOKS SIMPANAN GIVI B33NM “ATLAS”

Generasi Baharu kotak Simpanan Bersaiz Sederhana untuk Kegunaan Harian anda !

Kotak simpanan sering dilihat untuk penggembaraan sahaja, tetapi sebenarnya mereka juga amat berguna dan penting untuk kegunaan harian anda. Walau bagaimanapun, saiz merupakan aspek utama untuk kegunaan harian. Kotak simpanan yang bersaiz besar boleh memuatkan pelbagai barangan tetapi ianya juga mungkin terlalu lebar ketika anda menunggang motosikal di tengah jalan raya yang sesak. Kotak simpanan bersaiz kecil pula, membolehkan anda untuk menunggang motosikal dengan mudah, tetapi mungkin ruang kapasiti penyimpanan anda tidak mencukupi.

Pada tahun 2017, GIVI telah melancarkan kotak simpanan B32N “Bold” yang bersaiz sederhana dan reka bentuknya yang segi empat tepat.  Ianya memudahkan penunggang untuk menyimpan barang dengan lebih mudah.

Oleh itu, boks simpanan B33NM “Atlas” merupakan evolusi rangkaian B33 bold.

CIRI-CIRI UTAMA:

  • Kapasiti ruang penyimpanan 33 liter.
  • Boleh menampung berat muatan sehingga 5kg (bergantung pada jenis rak motosikal).
  • Boleh memuatkan sebuah helmet “Full-Face” dan juga tambahan barang-barang kecil yang lain.
  • Terbukti selamat dengan sistem penguncian GIVI Micro 3.
  • Cengkerang yang diperbuat daripada proprietary polypropylene (PP) yang tahan lama dan kukuh.
  • Ujian UV telah dilakukan ke atas bahan tersebut dan nyata ianya tidak pudar.
  • Sisipan prismatik reflektif untuk tahap penglihatan yang tinggi.

PENGALAMAN PENGGUNAAN:

Kotak simpanan GIVI B33NM Atlas direka khas buat penunggang motosikal yang sering menunggang motosikal di Kawasan kota raya, di samping boleh membawa barangan dengan selamat dengan tambahan reka bentuk reflector hadapan yang menyerlahkan lagi eksklusiviti kotak simpanan tersebut.

Kotak simpanan 33 liter ini boleh memuatkan sebuah helmet full-face atau dengan tambahan baju hujan dan beg galas belakang. Ianya masih mempunyai beberapa ruangan untuk barangan kecil.

Dilengkapi dengan Sistem penguncian Mikro 3 yang mudah dan selamat terletak di rak motosikal anda. Ianya juga membolehkan penunggang menanggalkan kotak simpanan dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama. Jenis sistem kunci keselamatan ini telah terbukti selama bertahun-tahun lamanya.

Tambahan lagi, kegunaan getah kedap EPDM, yang diletakkan di tepi kedua-dua bahagian cengkerang kotak menjadikan boks simpanan ini tahan lasak, kalis air dan udara. 

Kotak simpanan GIVI B33NM ATLAS kini sudah berada di pasaran bermula 1 Februari 2022 dengan seluruh pengedar sah GIVI di Malaysia.

BERITA BAIK !!!

Dengan setiap pembelian B33NM ATLAS MONOLOCK TOPCASE, anda layak menebus TSHIRT JERSEY EDISI TERHAD GIVI ATLAS dengan hanya RM15 sahaja!

*Promosi tertakluk terma & syarat..

Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini  untuk lokasi terdekat anda.  Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang  untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.

BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.