GIVI Helmet Edisi M30.3 D-Virsor Baharu

Sekali lagi Admin enjindotcom diberi peluang untuk mencuba helmet terbaru keluaran Givi.  Kali ini Admin menggayakan helmet model M30.3 D-Visor.  Model ini dilengkapi dengan Sistem Perlindungan Kepala (Head Protection System atau singkatannya HPS) yang memberikan keyakinan minda kepada Admin semasa menunggang jentera dua roda.  Helmet “open face” ini dilengkapi sistem pengaliran udara yang boleh mengurangkan pembentukan kabus di visor apabila menunggang di waktu hujan atau semasa cuaca sejuk.  Model ini juga dilengkapi dengan visor kedua yang digelapkan untuk mengurangkan silau matahari pada mata penunggang ketika menunggang di dalam keadaan cuaca panas terik.  Ciri-ciri ini amat sesuai sekali dengan cuaca di Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun. 

Pembaca diberikan 3 pilihan warna untuk helmet Givi M30.3 D-Visor ini iaitu Graphic Echo Neon Yellow, Graphic Echo Red dan Solid Black.  Admin memilih warna Graphic Echo Red yang tampak garang sesuai dengan motorsikal naked yang sedang dipandu uji manakala teman baik Admin memilih warna Graphic Echo Neon Yellow yang sedondon dengan scooter beliau yang berwarna kuning.

Kesemua model helmet Givi memenuhi piawan ECE Eropah.  Harga jualan untuk model M30,3 D-Visor ini bermula dari RM312 ke atas.  Harga yang sangat berpatutan untuk sebiji helmet yang cantik, berkualiti dan berjenama Itali.

Terima kasih Givi Malaysia kerana memberi kali peluang untuk menguji helmet ini.