Honda HR-V baharu lebih ‘sporty’ dengan kemasan dalaman berwarna hitam

Petaling Jaya, 16 Mei 2019 – Honda Malaysia  hari ini memperkenalkan kemasan dalaman berwarna hitam kepada barisan model HR-V RS baharu yang memberikan gaya lebih ‘sporty’. Kemasan dalaman berwarna hitam ini adalah respon Honda Malaysia kepada maklum balas pelanggan yang mahukan sentuhan yang lebih sofistikated pada hiasan dalaman HR-V disamping meningkatkan keseronokan memiliki sebuah Honda kepada pelanggannya. Warna hitam ini menggantikan warna ‘Ivory’ pada model sebelumnya yang merangkumi konsol tengah, konsol hadapan, kerusi pemandu serta kerusi penumpang hadapan dan belakang dan juga kemasan pintu.

Honda Malaysia telah menerima lebih 12,200 tempahan bagi HR-V baharu dan lebih dari 7,000 unit telah diterima oleh pelanggan Honda semenjak pelancaran rasminya pada Januari 2019. Angka ini menghampiri sasaran 60% jualan tahunan model ini dalam masa hanya empat bulan! Varian RS telah diperkenalkan buat pertama kali ke barisan model HR-V dan menerima permintaan yang sangat baik dan menyumbang sebanyak 20% kepada jumlah jualan HR-V baharu. HR-V baharu menguasai pasaran sebanyak 86% dan terus menerajui segmen ‘compact SUV’ setakat Mac 2019, menaikkan penarafan Honda ke posisi pertama dalam segmen Bukan Nasional dan kedua dalam jumlah keseluruhan industri (Total Industry Volume-TIV).

HR-V dikuasai enjin 1.8L SOHC i-VTEC dengan ‘Honda’s Earth Dreams Technology Continuous Variable Transmission’ (CVT) yang memberi keseimbangan antara prestasi dan penggunaan bahan bakar yang efisien. Ia juga dilengkapi dengan ciri baharu menarik, sistem pengendalian ‘Variable Gear Ratio’ untuk pengalaman memandu yang lebih ‘sporty’. Pengenalan kemasan dalaman berwarna hitam melengkapkan ciri ‘sporty’ varian RS dengan rim aloi dwi tona 18 inci, ‘grille’ hadapan rekaan ‘sporty’ dan bumper hadapan dan belakang hitam ‘sporty”.

Dengan warna bahagian dalaman yang menarik, HR-V menonjolkan personaliti yang lebih sofistikated dengan ciri-ciri seperti ‘Multi-Utility Cargo Space’ yang menawarkan ruang kabin lebih luas dalam kelasnya. HR-V baharu juga menetapkan tanda aras baharu dalam segmen ‘compact SUV’ dengan memperkenalkan ciri-ciri yang memberi nilai tambah seperti ‘Multi-Angle Rearview Camera’, kerusi pemandu berkuasa dengan 8 cara (V dan RS), kerusi kulit sepenuhnya (V dan RS), ‘Honda Lane Watch Camera’ (V dan RS), ‘Cruise Control’ dan ‘Paddle Shift’. Ciri keselamatan standard pada HR-V baharu termasuklah 6 beg udara, ‘Emergency Stop Signal’ (ESS), ‘Vehicle Stability Assist’ (VSA), ‘Hill Start Assist’ (HSA) dan ISO Fix.

Populariti HR-V semakin meningkat semenjak pengenalannya pada tahun 2015. Pelbagai varian yang ditawarkan dalam barisan model HR-V mensasarkan dan dirancang untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan untuk prestasi, penjimatan bahan bakar dan praktikal. HR-V baharu disasarkan kepada pelbagai kumpulan rakyat Malaysia termasuklah golongan bujang, golongan muda dewasa, golongan berkahwin dan keluarga.

HR-V baharu boleh didapati dalam 5 warna – Passion Red Pearl*, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic dan White Orchid Pearl.

Pelanggan boleh melawat mana-mana 98 Pengedar Rasmi Honda untuk menempah Honda HR-V baharu dengan kemasan dalaman berwarna hitam mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

*Hanya untuk varian E, V dan RS.