Inovasi Dalam Setiap Sel

Kuala Lumpur, 8 Mei 2020 – Tahun demi tahun, BMW Group menggalas tugas sebagai peneraju dalam sektor mobiliti elektro serta mendorong inovasi teknologi bateri dalam industri automotif.

“BMW Group sejak sekian lama mempercayai bahawa dunia masa hadapan berlandaskan teknologi elektrik. Sentimen ini turut dikongsikan oleh BMW Group Malaysia. Sejak tahun 2015, kami mencurahkan komitmen untuk membentuk mobiliti masa hadapan Malaysia. Kami telah membuahkan teknologi serta asas untuk memajukan mobiliti berelektrik di dalam negara. Bukan sahaja mengeluarkan kenderaan elektrik baharu serta membangunkan ekosistem yang praktikal bagi mendorong kemajuan mobiliti elektro, BMW Group terus menjalankan usaha inovasi agar nadi mobiliti elektro – iaitu bateri voltan tinggi kami – yang mampu menyumbang kepada kelestarian dalam jangka panjang sambil membekalkan pengalaman pemilikan yang sempurna,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

“Selepas ini, aspek kelestarian tidak lagi menjadi beban yang besar. ‘Joy’ dapat ditemui di sepanjang perjalanan kami, ia meliputi reka bentuk dan teknologi, serta pengalaman pemilikan yang kami janjikan – elektrifikasi ‘Joy’ mampu menjamin masa hadapan kita. Tahun ini, BMW bukan sahaja akan memfokuskan perungkaian lebih banyak kenderaan elektrik, malah pembangunan mobiliti elektro dengan Joy.Electrified by i. Kempen ini akan menangani kekangan usaha pelestarian yang melibatkan pembinaan infrastruktur hingga ke inovasi teknologi baharu dan bersih di Malaysia,” tambah Hoelzl.

Kejayaan mobiliti elektro bergantung kepada teknologi bateri yang optimum kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada capaian jarak operasi kenderaan tersebut, malah karakteristik pemanduannya secara keseluruhan. Model-model BMW i dan kenderaan BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive merupakan contoh terbaik yang mempamerkan keupayaan bateri voltan tinggi ini, ia hadir dengan kepintaran dalam seluruh aspek rekaannya.

Inovasi untuk Membuahkan Pengalaman Pemilikan Sempurna.

Antara isu utama yang membelenggu pemilikan kenderaan elektrik ialah perihal pembaikan dan penggantian sel bateri. Bateri voltan tinggi BMW mempersembahkan solusi bagi isu pembaikan dan penyenggaraan melalui pembangunan bateri yang terdiri daripada modul-modul tunggal, yang setiap satunya dirumus untuk digantikan dengan mudah.

Suntikan nafas dalam setiap kenderaan elektrik BMW dibekalkan oleh pek bateri ion litium yang menempatkan berbilang modul (bergantung kepada model kenderaan) dan di dalam setiap modul, serta sel-selnya juga – semua komponen ini dihubungkan secara terperinci, namun pada masa yang sama, mudah untuk digantikan.

Pek bateri voltan tinggi dalam BMW 530e M Sport misalnya, terdiri daripada enam modul sel. Oleh itu, jika hanya salah satu modul berkenaan yang mengalami masalah, pemilik tidak perlu menggantikan seluruh pek bateri berkenaan. Sebaliknya, pemilik hanya perlu menukar satu modul sel yang akan menelan kos RM 5,000 bagi setiap sel. Walaupun penyenggaraan sel bateri berkenaan melibatkan kos, BMW Group Malaysia menawarkan liputan waranti komprehensif yang terhad sepanjang 6 tahun / 100,000km* bagi bateri yang terkandung dalam kenderaannya, lantas memudahkan lagi pemilikan para pengguna.

Pek bateri tersebut juga dijuruterai untuk menjadi lebih ringan bagi membuahkan penggunaan kuasa yang efisien sambil memuatkan kapasiti kuasa yang besar. BMW 530e M Sport menawarkan output maksimum berjumlah 83kW – tertinggi dalam segmennya, sekali gus membolehkan kelajuan tertinggi mencecah 120km/j dicapai dalam mod pemanduan elektrik sepenuhnya. Di samping itu, bateri voltan tinggi ini boleh dicas semula dengan segera, ia hanya mengambil masa tidak lebih daripada tiga jam untuk mengisi penuh tenaga pemacu jentera BMW 530e M Sport dengan BMW i Wallbox bagi membuahkan capaian elektrik yang tulen sejauh 40 kilometer.

Meskipun pemilik kenderaan elektrik BMW diliputi oleh waranti komprehensif yang terhad sepanjang 6 tahun / 100,000km* daripada BMW Group Malaysia, bateri voltan tinggi ini mampu bertahan sepanjang hayat kenderaan berkenaan – lantas memberi penekanan ke atas faktor yang menjadi keutamaan dalam pembangunan kenderaan elektrik BMW: kelestarian. Elektrifikasi menunjangi visi BMW Group dan tumpuan yang harus diberikan ke atas visi tersebut menjadi lebih mustahak pada detik ini.

Kelestarian dalam segala aspek.

Kepercayaan BMW i terhadap kelestarian sistemik juga bermakna pengakhiran kitaran hayat bateri voltan tinggi berkenaan turut difaktorkan. Bila bateri ion litium tidak lagi sesuai untuk digunakan dalam kenderaan selepas ia memenuhi tuntutan operasi berprestasi tinggi untuk tempoh yang lama, ia masih boleh dimanfaatkan dalam fasiliti operasi tetap seperti yang dilihat dalam projek-projek hayat kedua, misalnya, fasiliti penyimpanan tenaga. Bateri-bateri berkenaan boleh digabungkan untuk membentuk sebuah unit sumber tenaga simpanan dengan memperoleh tenaga daripada instrumen solar atau angin.

Kemajuan dalam segmen kenderaan elektrik bukan asing bagi BMW Group, setelah menjadi perintis dan peneraju dalam mobiliti berelektrik sejak tahun 1981, semasa pengeluar kenderaan premium ini memulakan usaha penyelidikan dan pembangunan sebuah kenderaan elektrik dengan Asea Brown Boveri – iaitu pembekal yang terkemuka dalam industri kuasa elektrik. Hari ini, BMW Group menegakkan legasi perintisan dalam industri kenderaan elektrik serta membawakan solusi lestari berjangka panjang demi kemudahan mobiliti. Natijahnya, kelestarian dan tanggungjawab merupakan dua komponen utama untuk menjamin masa hadapan yang cerah, dan waktu untuk merealisasikan visi ini telah tiba.

Di Malaysia, teknologi bateri voltan tinggi ini telah membuat penampilan dalam varian jentera hibrid “plug-in” BMW 5 Series, BMW 7 Series, BMW i3s yang mempunyai keupayaan elektrik sepenuhnya, termasuk MINI Plug-In Hybrid. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan elektrik BMW dan MINI, sila kunjungi laman web rasmi BMW Malaysia DI SINI atau laman web rasmi MINI Malaysia DI SINI.

Mulai hari ini sehingga 30 Jun 2020, pelanggan yang pratempah BMW 530e Sport atau BMW 530e M Sport dalam talian DI SINI, berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran eksklusif. Ia meliputi kadar faedah berjumlah 0.00% serta penghadiahan kad ChargeNow bagi kedua-dua model. Bagi mereka yang pratempah BMW 530e Sport juga akan menerima rebat tunai berjumlah RM10,000 berserta BMW i Wallbox secara percuma. BMW 530e M Sport pula menawarkan rebat tunai berjumlah RM20,000 dan BMW i AC Fast Charging Cable secara percuma.

Di samping itu, pemilik baharu BMW 530e M Sport, BMW 530e Sport dan BMW 740Le turut berpeluang untuk membawa pulang BMW i8 Coupe dengan membeli mana-mana tiga model kenderaan ini sepanjang tempoh kempen berkenaan. Model-model BMW yang terpilih juga kini sedia untuk dipratempah melalui BMW Shop Online DI SINI – iaitu sebuah platform digital yang membekalkan pengalaman pembelian digital yang lancar dari keselesaan rumah anda. Para pelanggan juga boleh memohon prakelulusan bagi pembiayaan mereka melalui BMW Engage, iaitu alat pembiayaan yang pertama seumpamanya diperkenalkan oleh BMW Financial Services. Platform berkenaan membolehkan pelanggan memohon pembiayaan yang dipraluluskan dalam talian dengan mudah DI SINI atau melalui aplikasi mudah alih di Apple App Store dan Google Play Store.