///M untuk “Malaysia Day 2020”.BMW Malaysia meraikan Hari Malaysia 2020 bersama M – mengarak jiwa, raga dan kebingkasan warga Malaysia di susur jalan raya Kuala Lumpur

Hari ///Malaysia bakal menjelang,

Sama-sama kami raikan,

Kekal bersama susah dan senang,

Inilah Malaysia yang maju ke hadapan.

///Malaysia Day kali ini bakal disulami dengan sesuatu yang lebih istimewa kerana situasi semasa yang melatari tahun 2020. BMW Malaysia berhasrat untuk membangkitkan semangat dan kebingkasan warga Malaysia demi ibu pertiwi, meraikan kemerdekaan yang ke-57 dengan penuh rasa bangga, khususnya ketika mengharungi detik yang mencabar ini.

Berbekalkan semangat perpaduan, kita mampu mara ke hadapan biarpun dirintangi onak dan duri. Ibarat pepatah yang sinonim dengan rakyat Malaysia: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, sentimen ini turut dijiwai oleh M!

Butir-butir acara berkenaan:

Tarikh            :           16 September 2020, Rabu

Waktu             :           10:00 pagi hingga 3:00 petang

Lokasi            :           Pintu Masuk Utama (Main Entrance) Pavillion,

Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut mengenai “///Malaysia Day Drive”, sila layari di sini