MOTOSIKAL KELUARAN HUSQVARNA’ DENGAN EDISI RIM JEJARI “SPOKE”

Pratonton untuk Media yang telah di adakan di Richiamo Coffee Reidensi UTMKL, Kuala Lumpur, yang merupakan rangkaian kedai kopi premium telah menjaling kerjasama dengan jenama terkenal Sweden, Husqvarna, di mana jenama ini terkenal dengan motosikal lasak dengan mengendalikan siri jelajah (tour) motosikal.Kini Husqvarna  Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan edisi Spoke khas untuk model jalanan yang terdiri daripada Vitpilen 401 SE, Svartpilen 401 SE dan Svartpilen 250 SE. Ini mengukuhkan lagi pasaran di Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia untuk membawa edisi  Svartpilen 250.

Siri jelajah ini akan memperkenalkan model motosikal Cafe Racer Husqvarna dengan permulaaan di cawangan bermula Richiamo Coffee UTMKL (30 Oktober) Richiamo Coffee Cyberjaya (6 Novebmber) dan tamat di Richiamo Coffee Bikit Beruntung (13 November).

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah berkata, kerjasama dengan jenama motosikal terkemuka antarabangsa ini merupakan satu peluang jalinan yang tidak boleh dilepaskan. “Kebetulan ini merupakan model Cafe Racer yang amat bersesuaian dengan konsep kafe Richiamo Coffee katanya”.

Model motosikal ini di datangkan dengan roda jejari 17″ ialah adalah reka bentuk kemuncak Svartpilen 401. Mewujudkan rasa gaya yang unik, ia juga sangat teguh, sekali gus menawarkan keboleh percayaan premium pada keadaan rupa jalanraya bandar yang mencabar. Antara keluaran akan datang ialah Edisi Spoke motosikal scrambler dan cafe racer iaitu Svartpilen 250 SE (RM29,500), Svartpilen 401 SE (RM34,500) dan Vitpilen 401 SE (RM34,500). Gabungan lancar komponen berkualiti tinggi, ciri meningkatkan tunggangan dan estetika bergaya memastikan pengendalian dinamik dan prestasi kukuh yang akan memuaskan hati peminat motosikal khasnya di Malaysia ketika ini. Dilengkapi dengan satu silinder, enjin 4-lejang, reka bentuk casis padat dan suspensi WP, ia memberikan tork yang kuat dan kelancaran enjin untuk perjalanan yang sangat menyeronokkan dan mengasyikkan, sesuai bagi mereka yang inginkan gaya di dalam fesyen bermotosikal masa kini. Motosikal-motosikal ini boleh didapati di semua pengedar sah:

WILAYAH UTARA

EL Chong Motor Trading Sdn Bhd

Alamat: 2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya,

14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia.

No. Perhubungan: +6012-583 9699

WILAYAH TENGAH

Welly World Cycle Sdn Bhd

Alamat: No 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh,

47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

No. Perhubungan: +6012-519 1200

WILAYAH SELATAN

Wheel Riders Malaysia Sdn. Bhd.

Alamat: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *