Petronas Sprinta lancar bengkel motosikal bergerak

Kuala Lumpur, 25 Feb 2019 – PETRONAS Lubricant Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan (PDB) hari ini telah melancarkan satu unit bengkel motorsikal bergerak yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Bengkel bergerak berasaskan konsep cepat dan santai serta menggunakan khidmat teknikal professional ini akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberi khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada semua penunggang motorsikal.

Dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, bengkel motorsikal bergerak yang diubahsuai dari kontena 20 kaki itu di beri suntikan imej yang trendy dan bergaya agar penunggang motorsikal dapat menikmati suasana santai sementara menunggu yang singkat dimana, enjin motorsikal mereka di tukar dengan minyak pelincir.

“Konsep yang kami paparkan ini akan memberi kemudahan dan pengalaman baru bagi penunggang motorsikal kerana proses penukaran minyak pelincir akan menjadi lebih cepat dan lancar. Secara puratanya, proses ini akan mengambil masa hanya 8 minit dari mula hingga akhir bagi motorsikal berkapasiti rendah dan sederhana”, katanya ketika upacara perlancaran servis bergerak ini.

Pada acara yang sama, bertepatan dengan musim baru MotpGP, PETRONAS juga telah melancarkan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”. Peraduan yang bermula dari 11 Mac hingga 30 Sept 2019 ini bakal menyediakan hadiah bernilai RM300,000 termasuk hadiah utama berupa sebuah motorsikal berkuasa tinggi YAMAHA R6 dan hadiah bulanan motorsikal YAMAHA Y15zr.

Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah ekslusif beserta barangan premium PETRONAS Sprinta sepanjang bengkel ini beroperasi kerana PETRONAS juga akan membuat promosi dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai jadial bengkel motorsikal bergerak PETRONAS Sprinta dan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019” boleh didapati dengan melayari laman media sosial PETRONAS Brands dan www.mymesra.com.my

GALERI