Promosi – Tenaga Motor Sdn Bhd

 
Tenaga Motor Kajang, yang terletak di kawasan tumpuan orang ramai iaitu di jalan Reko, Kajang berhampiran Hentian Bas serta pusat perniagaan kali ini telah mengadakan promosi untuk pelanggan dan peminat motosikal untuk memiliki  jentera idaman anda serta aksesori seperti jenama Benelli, Royal Enfield, Yamaha, Modenas, CMC, KTNS, SYM, Bell Helmet, KYT Helmet dan juga barangan limited edition dari Royal Enfield.
 
Bagi anda yang ingin mendapatkan jentera Benelli  yang terkini seperti  Bennelli TRK 502, Leoncino, TNT 300, TNT600, 302R dan banyak lagi, boleh lah singgah ke bilik pameran “Benelli Best Shop” Tenaga Motor di Hentian Kajang.
 
Apa yang uniknya mengenai Tenaga Motor? Admin perhatikan hampir semua jenis jentara idaman boleh didapati disini antaranya scrambler, kapcai, jentera berkuasa tinggi seperti sportbikes, skuter, jentera klasik seperti cafe racer dan banyak lagi!.Dengan bilik pameran yang menarik serta moden ianya amat selesa untuk dikunjungi oleh orang ramai yang datang.
 
Anda boleh datang ke sini kerana terdapat pelbagai promosi dan pakej menarik bagi pembeli yang inginkan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Oh ya, tidak lupa juga pemberian hadiah yang cukup hebat bagi setiap pembelian jentera idaman anda!
 
Jom!! beramai-ramai ke bilik pameran hari ini juga bermula pukul 9 pagi hingga 7.30 petang setiap hari kecuali pada hari Ahad. Jangan lepaskan peluang anda, terutama penduduk sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Putrajaya.
 
Sila “like” & “share” Facebook ENJIN DOTcom & “follow” kami di Instagram.
Jangan lupa menetapkan ENJIN DOTcom sebagai “see first” di FB anda!

GALERI