Royal Enfield Interceptor 650, motosikal bergaya retro dengan kualiti yang mengagumkan.

Motosikal retro semakin mendapat tempat dihati peminat-peminat motosikal di Malaysia kini, dengan kemasukan bermacam-macam jenama yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan model keluaran mereka. Tetapi bukan semua mempunyai auranya tersendiri untuk kekal retro dengan jenama sedia ada bukan mudah, yang masih kekal rekabentuk retronya, antaranya adalah Royal Enfield. Kekal sebagai motosikal gaya Retro yang hebat bukan pada rekabentuk sahaja tetapi hampir ke semuanya sekali, kena cuba baru tahu.

Untuk kali ini Enjindotcom telah mencuba Royal Enfield Interceptor 650, lihat sahaja rekabentuknya sudah dapat nilaikan betapa retro rekabentuk motosikal ini. Apa yang menariknya adalah, jenama ini semakin mantap kualiti dan pengendalian ketika menunggang dijalanraya cukup selesa. Dengan enjin, suspensi dan hampir keseluruhannya, mereka kini betul-betul serius dalam menghasilkan motosikal bukan sahaja terbukti lasak tapi pratikal kegunaannya.

Ini salah satu ujian pihak Enjindotcom dari Kuala Lumpur – Melaka – Kuala Lumpur – Perlis dalam 2 hari, perjalanan yang santai dengan kelajuan selesa, ditambah kuasa enjin yang boleh digunakan bila-bila masa. Perjalanan menjadikan tidak terlalu penat dan bosan, kerana anda mampu menikmati setiap masa sekeliling suasana dalam perjalanan. Perjalanan ke Utara dari Kuala Lumpur terus susur keluar ke Tol Sungai Petani untuk mengikut jalan dalam agar dapat  menikmati lebih perjalanan susana setempat, sesuai dengan motosikal sebegini tak perlu tergesa-gesa, cukup  dengan layan sahaja. Di dalam perjalanan sempat  juga singgah di Pantai Kampung Ruat, Yan Kedah. Perjalanan diteruskan ke ”campsite” The Wheel Estate Empire Chuping, Perlis.

Motosikal ini dari segi penampilannya pun cukup ringkas sesuai dengan gaya Retro, ia dilengkapkan dengan enjin  648cc, Parallel Twin, 4 Lejang, Penyejuk Udara dan Minyak. Dengan transmisi 6 kelajuan manual yang menghasilkan kuasa 47Hp pada 7,250 rpm dan Tork 52Nm pada 5,250 rpm, sudah cukup memadai untuk anda meyusuri jalan-jalan di seluruh Malaysia ini dengan selesa, tak la mengah nak naik bukit atau memotong kenderaan besar khasnya di lebuhraya dan waktu-waktu memerlukan kelajuan yang sesuai ketika dijalanraya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *