Volvo Malaysia SC – Setia Alam

Shah Alam – Volvo Cars Malaysia, pembuat kereta premium, bersama pengedar rasminya, Motion Beyond, melancarkan Volvo Setia Alam, pusat Volvo 3S terbaharu (Jualan, Perkhidmatan, dan Alat Ganti) di Setia Alam menjadikannya pusat 3S Volvo yang ke-11 di Malaysia.

Terletak dengan strategik di antara Shah Alam dan Klang, Volvo Setia Alam bersedia untuk memperkukuhkan lagi jenama Volvo di kawasan Lembah Klang, yang menawarkan potensi besar bagi pasaran kenderaan berjenama mewah.

Seperti semua pengedar baharu Volvo, Volvo Setia Alam akan patuh kepada standard global pusat pameran dan perkhidmatan Volvo iaitu standard Volvo Retail Experience (VRE) yang memberi fokus kepada pelanggan dan pendekatan yang diinspirasikan dari Scandinavia dalam menjual kenderaan.

Tahun ini, Volvo Cars Malaysia berhasrat supaya kehadirannya dirasai di lebih banyak tempat di seluruh Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan yang tiada lagi wakil Volvo.

Pembukaan Volvo Setia Alam membuktikan komitmen Volvo Cars Malaysia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya serta memperluaskan rangkaian pengedar Volvo dan mengorak langkah untuk meningkatkan pengalaman bersama pelanggan Volvo Cars Malaysia secara keseluruhannya.

Bilik pameran Volvo Setia Alam dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam dari hari Isnin hingga Sabtu dan dari pukul 10.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari Ahad dan hari cuti umum. Pusat servis kenderaan dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup pada hari Ahad dan hari cuti umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo Setia Alam, sila hubungi Encik Deric Chong di [email protected] atau di talian +6 012 535 8592.

GALERI