VOLVO XC40 T5: SEGAR DAN MENERUJAKAN

Segar dan menerjuakan itu lah gambaran bagi model Suv dari Volvo ini. Kali ini saya mencuba memandu dari Kuala Lumpur hingga ke Pantai Remis, Selangor – salah satu pusat perlancongan dan tempat makan ikan bakar yang terkenal.


Mengikuti dari susur ke Bukit Cerakah dan Meru melalui jalan dalam menjadi keadaan yang amat sesuai bagi menguji kemampuan suspensi apabila meredah jalan yang beralun dan tidak rata.Tindakbalas system pengendalian Volvo yang sofistikated memang tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana suspensinya cekap membaca alunan permukaan yang tidak punyai belas kasihan pada suspensi kenderaan yang melaluinya.


Di sepanjang Pantai Remis ini kegiatan memancing adalah kegiatan yang banyak dilakukan selain mengisi masa berkemah dan membakar ikan, siput, ketam dan makanan laut lain. Selain dari itu, jika kena tepat waktunya, waktu petang disini biasanya nelayan akan naik ke darat dengan hasil tangkapan ikan segar, sememangnya murah dan enak. Rugi jika tidak bawa bekas untuk simpanan ikan untuk dibawa pulang. Volvo XC40 T5 ini mungkin SUV mewah paling rendah harganya berbanding SUV Volvo lain tapi ia masih menjadi kenderaan pengembaraan yang praktikal dengan ruang kargo yang luas.


Jelas sekali dengan penampilannya moden yang menawarkan pilihan warna-warna riang, XC40 T5 ini lebih sesuai untuk mereka yang berjiwa muda dan mempunyai gaya hidup yang aktif. Walaupun ia kelihatan lasak, penumpang mampu berehat dalam keadaan yang selesa merentas lebuhraya mahupun jalan-jalan kampung.
Hiasan dalamannya amat menarik dengan rekabentuk ‘skala kecil’ yang seakan-akan meniru hiasan dalaman ‘abang-abangnya’ iaitu XC90 dan XC60. Pereka-pereka Volvo cekap mengimbang antara rekaan yang berbentuk mewah tetapi masih sporty.
Lain-lain kemunculan dari XC40 yang baharu termasuk slot kad, kawasan penyimpanan di bawah pusat lengan tengah yang cukup dalam untuk kotak tisu, dengan tong sampah yang boleh ditanggalkan juga. Unsur-unsur praktikal masih dikekalkan.

 

Volvo XC40 baru-baru ini hanya terdapat dalam satu varian, T5 R-Design, yang dikuasakan oleh kuasa 2.0-liter Drive-E dengan 252 hp dan 350 Nm. Automatik 8-kelajuan.Peralatan standard termasuk:

-Lampu LED dengan Aktif Tinggi Beam & Lampu Lenturan Aktif.
-LED depan lampu kabus dengan fungsi menikam
-R-Design bentuk depan gril
-R-Design bentuk Reka bentuk Inlay
-R-Design bentuk rapi platR-Reka bentuk Reka bentuk
-R-Design bentuk separuh kulit, separuh Nubuck kerusi
-Qi pad2 pengecasan wayarles
-2 Port USB di depan
-1 USB Type- C pelabuhan
-Sistem infotainment Sensus
-Android Auto dan Apple

Harga RM255,888, atas jalan tanpa insurans.

GALERI