BMW Motorrad Malaysia Mempersembahkan Jentera BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler yang Baharu.

BMW Motorrad Malaysia pada hari mempersembahkan jentera BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler yang baharu. Hadir dengan pelbagai modifikasi teknikal serta kelengkapan standard yang canggih, keluarga roadster retro ini mengekalkan sensasi gayanya yang tersendiri.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Portfolio motosikal premium kami dibangunkan menerusi sejarah yang berusia berdekad lamanya, juga unik bagi setiap model. Jentera roadster retro dalam keluarga BMW R nineT juga tidak terkecuali. Hadir dengan reka bentuk yang bersifat abadi dan sosok yang menyerupai BMW Motorrad klasik, perincian yang tinggi diberikan ke atas model-model BMW R nineT yang baharu – ia mencerminkan cita dan inovasi yang ditunjangi oleh kepakaran dalam pembangunan motosikal selama 90 tahun, maka para peminat motosikal di seluruh dunia menjangkakan dan menghargai jentera yang terunggul daripada BMW Motorrad.”

BMW R nineT baharu menggandingkan rekaan motosikal klasik dengan teknologi moden, selain menawarkan pelbagai pilihan untuk memperibadikan lagi jentera ini. Beracuankan model klasik, reka bentuk BMW R nineT merupakan kanvas yang sempurna untuk melahirkan varian-varian BMW R nineT Pure yang menawan – iaitu roadster yang hanya mementingkan kelengkapan asas, di samping BMW R nineT Scrambler – yang memberi penghormatan ke atas genre motosikal yang tersendiri, menjadi kegemaran individu yang meminati penampilan gaya yang bersifat puris. Tiga varian yang dinanti-nantikan ini kini disediakan di Malaysia buat para peminat motosikal di seluruh negara.

Reka bentuk klasik lagi abadi – memenuhi keperluan asas seorang penunggang.

Reka bentuk model-model BMW R nineT yang klasik kini diperkayakan dengan rangkuman Headlight Pro sebagai standard. Model-model tersebut kini memuatkan lampu hadapan adaptif dan lampu indikator menggunakan teknologi LED. Lampu hadapan LED yang disinambungkan dengan lampu waktu siang dan lampu brek mendemonstrasikan teknologi pencahayaan LED yang juga ideal bagi gubahan lampu hadapan yang klasik. BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler baharu kini dilengkapi dengan paip ekzos bersadur krom, manakala gubahan ekzos dengan peredam bunyi disediakan sebagai standard bagi BMW R nineT Pure secara eksklusif.

Menyempurnakan penampilan klasik model-model BMW R nineT ini ialah instrumen membulat yang baharu, ia hadir dengan paparan meter laju analog serta lampu indikator terintegrasi yang “disembunyikan” bila ia tidak bercahaya. Dimuatkan dalam kelongsong logam berkualiti tinggi serta mempamerkan jata BMW, ia menuruti prinsip minimalis – pendekatan klasik yang sinonim dengan keluarga BMW R nineT. Instrumen membulat ini memfaktorkan tahap kebebasan yang tertinggi untuk penyuaipadanan oleh pemiliknya. Di samping itu, kelengkapan tambahan yang didatangkan secara standard bagi model-model BMW R nineT turut meliputi soket pengecasan USB.

Enjin boxer jentera tersebut telah melalui proses penjituan dari segi teknikal dan visual dan kini dirumus untuk memenuhi piawaian kelas pencemaran EU-5 dan peraturan bunyi hingar. Puncak outputnya berjumlah 80 kW (109 kk) pada paras 7,250 rpm, manakala tork maksimumnya bernilai 116 Nm pada paras 6,000 rpm. Kepala silinder dengan gubahan yang baharu juga menawarkan peralihan yang sempurna dari sirip penyejuk luar ke dalam, dan komponen injap pendikit serta pelitup kepala silinder yang diperbaharui kini memberikan jentera ini iras yang lebih menarik.

Di dalam kepala silinder tersebut, terdapat sistem gelora baharu yang mengaduk bahan terkandung untuk menjamin pembakaran yang lebih baik dan bersih, serta tork yang lebih tinggi. Dengan lekuk kuasa dan tork yang lebih besar – terutamanya dalam lingkungan 4,000 hingga 6,000 rpm – aras kuasa tarikannya (pulling power) kini mempunyai prestasi yang lebih baik.

ABS Pro, yang merangkumi Kawalan Brek Dinamik (Dynamic Brake Control) kini disediakan sebagai standard bagi model-model BMW R nineT, maka penunggang dapat menikmati keupayaan kawalan dan keselamatan yang tinggi ketika membrek dalam posisi menyendeng. Ia dikecapi dengan mencegah pengaktifan pemecut yang dibuat secara tidak sengaja. Melalui intervensi dalam unit kawalan enjin, tork pacuan akan dikurangkan ketika membrek untuk memanfaatkan kuasa pembrekan pada roda belakang, lantas memelihara kestabilan selain memendekkan jarak brek.

Satu lagi ciri kefungsian yang dirangkumkan secara standard bagi model-model BMW R nineT ialah topang suspensi baharu yang kini mempunyai ciri redaman berasaskan tunggangan (travel-dependent damping). Sistem redaman yang inovatif ini membekalkan keseimbangan dan keselesaan yang lebih baik ketika menunggang. Prabeban yang ditampung oleh spring pada topang suspensi juga boleh dilaras dengan mudah melalui tombol khas yang disediakan.

Untuk meningkatkan versatiliti model-model BMW R nineT, mod tunggangan “Rain” dan “Road” turut disediakan sebagai standard. Dalam mod “Rain”, respons pendikit yang ringan digandingkan dengan kawalan ASC (Automatic Stability Control) yang sensitif untuk menjamin tahap keselamatan yang lebih tinggi ketika memecut di atas permukaan jalan raya yang licin atau basah. Dalam mod tunggangan “Road”, respons pendikit tersebut diseimbangkan, dan kawalan ASC akan berpaksikan kondisi jalan raya yang kering dan tidak licin.

Dari segi penawaran warna, BMW R nineT baharu hadir dengan Black Storm Metallic sebagai warna standard. Warna tambahan yang lain juga termasuk pilihan Option 719 Aluminium serta Option 719 Night Black Matte/Aluminium Matte. BMW R nineT Pure baharu disediakan dalam warna Teal Blue Metallic Matte serta Mineral Grey Metallic. Akhir sekali, BMW R nineT Scrambler baharu ditawarkan dalam warna Kalamata Metallic Matte.

BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler baharu akan disediakan di pusat pengedaran terpilih BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai 27 Ogos 2021.

Khidmat Pembiayaan.

Dengan Pelan Pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R nineT, BMW R nineT Pure, dan BMW R nineT Scrambler masing-masing bermula daripada RM 1,180.00, RM 1,010.00 dan RM 1,060.00 setiap bulan. Ia berdasarkan anggaran ‘balloon financing’ bagi pinjaman berjumlah 80% untuk tempoh 4 tahun.

Para pemilik juga boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan dengan rangkaian servis yang bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis, dan Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun yang baharu dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler baharu ialah:

BMW R nineT Baharu (Black Storm):                                RM 96,500.00

BMW R nineT Pure Baharu:                                                RM 82,500.00

BMW R nineT Scrambler Baharu:                                      RM 86,500.00

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published.