BMW Group Malaysia Membayangkan Barisan Kenderaan Elektrik Baharu daripada BMW i.

BMW Group Malaysia telah mendemonstrasikan komitmen berterusannya untuk membentuk mobiliti masa hadapan Malaysia dengan membayangkan ketibaan kenderaan elektrik tulen, BMW i generasi yang baharu di Malaysia – yang turut membawakan rangkaian pemacu elektrik yang bersofistikasi tinggi, bahan-bahan yang inovatif lagi lestari, serta teknologi masa hadapan, pada hari ini.

Butiran mengenai jentera BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive40 Sport, BMW iX xDrive50 Sport yang sulung telah dirungkaikan, dan kemunculan jentera BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40 yang sulung juga telah dibayangkan. Portfolio kenderaan elektrik baharu yang diperkenalkan ini mengetengahkan Strategi Mobiliti Lestari yang ingin dilaksanakan di dalam negara oleh pengeluar kenderaan premium ini.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Fasa ini merupakan pencapaian yang penting bagi BMW Group, lebih-lebih lagi buat BMW Group Malaysia. Kami telah menerajui usaha untuk menggiatkan inovasi, memupuk kesedaran mengenai teknologi yang baharu dan lestari untuk industri automotif, serta membentuk infrastruktur bagi kenderaan berelektrik bertaraf premium di Malaysia sejak tahun 2015. Kejayaan kami di Malaysia pada hari ini telah diperkukuh oleh kedudukan kami sebagai peneraju dalam mobiliti berelektrik, yang turut dibuktikan menerusi lebih 2,200 unit kenderaan berelektrik yang berjaya diserahkan pada tahun lalu.”

De Visser turut menyatakan bahawa barisan kenderaan elektrik yang bakal dirungkaikan daripada BMW i akan menjamin “Sheer Electric Driving Pleasure” buat para pelanggan BMW serta peminat EV di Malaysia, tanpa sebarang kompromi. Lebih penting lagi, ia juga bakal mendorong Strategi Kelestarian yang baharu bagi BMW Group di Malaysia.

BMW iX yang sulung.

Konsep perintis, Shy Tech yang pertama seumpamanya turut dimuatkan dalam BMW iX. Ketika tidak digunakan, teknologi moden dan inovasi dalam kenderaan ini akan disamari dengan latar interiornya. Tambahan lagi, kenderaan ini menampilkan BMW IconicSounds Electric yang turut diperkenalkan buat pertama kali – dibangunkan menerusi kerjasama yang dijalin dengan komposer terkemuka dunia dan pemenang Anugerah Akademi, Hans Zimmer, maka para pemilik dapat menikmati pengalaman pemanduan serba emotif dengan bunyi yang unik bagi model-model BMW dan BMW M.

BMW iX yang sulung melangkaui jangkaan. Jarak operasi WLTP yang mengagumkan, iaitu setinggi 630 kilometer bagi varian BMW iX ini juga telah dirumus agar pengguna tidak lagi perlu bimbang tentang jarak operasi kenderaan elektrik milik mereka. Kenderaan elektrik tulen ini turut menarik perhatian dengan ruang serba minimalis di bahagian dalam, justeru pengguna dapat menikmati pemanduan yang benar-benar menyelesakan.

Perwatakan utama yang jelas berbeza dapat dilihat pada lampu hadapan LED, manakala BMW Laserlights melengkapi BMW iX xDrive40 Sport dan BMW iX xDrive50 Sport. Fungsi Bantuan Memandu (Driving Assistant) dan Bantuan Parkir (Parking Assistant) juga ditawarkan secara standard bagi BMW iX xDrive40, manakala BMW iX xDrive40 Sport dan BMW iX xDrive50 Sport didatangkan dengan Driving Assistant Professional serta Parking Assistant Plus. Kedua-dua variasi Sport ini juga termasuk sistem bunyi keliling Harman Kardon dan Interior Applications Clear & Bold, yang terdiri daripada panel kawalan pada konsol tengah yang diperbuat daripada kayu yang diperakui dan dihasilkan secara lestari. Eksklusif bagi BMW iX xDrive50 Sport yang sulung ialah Stering Aktif Integral (Integral Active Steering) dan suspensi udara 2 gandar yang berciri adaptif.

BMW iX3 yang Sulung.

Jentera Sports Activity Vehicle (SAV) yang dipacu oleh kuasa elektrik ini menggandingkan dua ciri utama SAV premium saiz pertengahan yang paling laris di dunia, BMW X3, iaitu dinamik pemanduan dan kualiti bertaraf premium, yang antara lainnya turut membawakan tahap prestasi dan kecekapan yang lebih tinggi menerusi teknologi BMW eDrive generasi kelima, lantas menjadikan BMW iX3 jentera yang paling dinanti-nantikan dalam segmennya.

BMW i4 yang Sulung.

Gran coupé empat pintu yang melambangkan jentera sport bersifat lestari, ia dibangunkan menerusi tumpuan yang khas diberikan ke atas dinamik pemanduan elektrik, BMW i4 merupakan ahli baharu dalam segmen sedan saiz pertengahan bertaraf premium. Sedan sport yang futuristik ini membekalkan output kuasa elektrik setinggi 340 kk, pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat dan jarak operasi elektrik WLTP mencecah 590 kilometer setelah dicas sekali sahaja.

Pratempahan dan pendaftaran juga dibuka bagi mereka yang berminat untuk memiliki kenderaan BMW i generasi baharu.

BMW iX xDrive40 serta BMW iX xDrive40 Sport yang sulung kini sedia untuk dipratempah di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran RM 5,000. Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran sekarang untuk memiliki BMW iX xDrive50, BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40 melalui pautan yang disertakan ke laman web rasmi BMW.

Pemilik kenderaan elektrik dari portfolio BMW i juga dapat menikmati jaminan bateri sehingga 8 tahun atau 160,000km, mana yang lebih dahulu. 50 pelanggan terawal yang menempah BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport yang sulung juga dapat menikmati tawaran eksklusif yang meliputi pemasangan kemudahan pengecasan secara percuma serta Public Charging Access bertempoh satu tahun secara percuma. Tawaran ini terhad sehingga 22 September 2021, tertakluk kepada terma dan syarat.

Era mobiliti elektro yang baharu di Malaysia bakal dicetuskan dengan ketibaan kenderaan BMW i yang terkini, maka BMW Group Malaysia juga berhasrat untuk menggiatkan lagi penyebarluasan rangkaian pusat pengedaran BMW i di bandar-bandar utama Malaysia. DC Fast Chargers juga akan dipasang di semua pusat pengedaran BMW i untuk kegunaan umum bagi merancakkan lagi penyediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia, termasuk penyediaan Rapid-charging DC Chargers untuk pengecasan segera di pusat pengedaran yang terpilih di seluruh negara.

“Kami ingin menyuntik semula minat orang ramai serta memupuk penerimagunaan mobiliti elektro di dalam negara, selari dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon yang bakal diperkenalkan. Kami telah berganding bahu dengan GreenTech Malaysia sejak awal lagi untuk memperluaskan rangkaian infrastruktur pengecasan tempatan atas sebahagian daripada strategi utama kami untuk membolehkan Malaysia beralih ke alaf mobiliti rendah karbon yang baharu. Dengan ini, kami juga ingin memberi keyakinan kepada warga Malaysia untuk memilih kenderaan elektrik sebagai kenderaan mereka yang seterusnya – atau sebagai kenderaan pertama mereka. Malah, terdapat banyak lagi rancangan yang dijadualkan sepanjang bulan-bulan yang akan datang, bermatlamat untuk meraih sambutan yang positif ke atas mobiliti yang berpaksikan masa hadapan, yang kami juga berharap dapat diperkukuhkan lagi oleh dasar kerajaan yang diperbaharui melibatkan mobiliti elektro,” simpul de Visser.

Program pembiayaan dinamik.

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport masing-masing boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,888.00 dan RM 5,478.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Anggaran harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport yang sulung ialah:

ModelHarga Runcit SarananHarga Runcit Saranan dengan Waranti Lanjutan & Pakej Servis
BMW iX xDrive40 yang Sulung*RM 419,630.00RM 435,800.00***
BMW iX xDrive40 yang Sulung* dengan Power Package**RM 424,230.00 RM 440,400.00***
 
BMW iX xDrive40 Sport yang SulungRM 472,630.00RM 488,800.00***
BMW iX xDrive40 Sport yang Sulung dengan Power Package**RM 477,230.00 RM 493,400.00***

* Sport Package boleh dirangkumkan pada BMW iX xDrive40 dengan harga RM 53,000.

** Power Package meliputi BMW i Wallbox dan BMW Public Charging Cable.

*** Para pemilik BMW iX yang sulung juga dapat menikmati Waranti Lanjutan BMW Bertempoh 5 Tahun dan Pakej Servis Bertempoh 6 Tahun pada harga istimewa berjumlah RM 16,170.00.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *