Shell Malaysia Mengukuhkan Komitmen Mengurangkan Pelepasan Karbon, lebih 200 Buah Stesen Minyak kini Berkuasa Solar

Shell Malaysia telah mencapai satu lagi kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam operasi mobiliti syarikat melalui pemasangan panel solar di 216 buah stesen minyak Shell di seluruh negara. Pemasangan ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat tenaga ini untuk melaksanakan gabungan langkah-langkah bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan jejak karbon.

Shell bekerjasama dengan Cleantech Solar untuk memasang panel solar di stesen-stesen minyaksyarikat di Malaysia. Setakat ini, sebanyak 22,5050 keping panel Foto Voltaic (PV) solar dengan jumlah kapasiti sebanyak 10.12 megawat (Mwp) telah dipasang di bumbung-bumbung 216 buah stesen sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menjalankan perniagaan secara selamat, cekap, bertanggungjawab dan menguntungkan. Sebagai contoh, jumlah panel solar yang kini dipasang di stesen-stesen Shell mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 12,939 Mwj. Jumlah ini cukup untuk membekalkan kuasa kepada anggaran 3740 isi rumah selama setahun1.

Pemasangan panel solar di stesen-stesen minyak membantu menambah bekalan tenaga dan mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal kuasa elektrik tempatan. Ini memberikan penjimatan elektrik yang lebih tinggi kepada stesen secara jangka panjang. “Matlamat kami di Shell adalah untuk memudahkan peralihan ke arah masa depan karbon rendah dalam operasi syarikat. Kami sentiasa mencari inisiatif yang akan membolehkan kami menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan lebih lestari untuk para pelanggan. Setakat ini kami telah memasang solar panel di 216 buah stesen dan jumlah ini akan meningkat kepada 350 buah stesen menjelang akhir tahun 2022,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobility Shell. 

Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught merupakan dua buah stesen minyak pertama di Malaysia yang menerima Persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada tahun 2019. GBI ialah alat penarafan hijau untuk bangunan yang diiktiraf oleh industri di negara ini bagi menggalakkan kemapanan dalam alam bina menerusi penjimatan tenaga dan sumber. Dua buah stesen Shell ini menandakan penyertaan pertama dalam kategori bahan api runcit yang diperkenalkan untuk standard persijilan ini. Syarikat juga merupakan yang pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima persijilan GBI ini.  Shell juga telah membuka Shell Mint Hotel yang merupakan contoh sebuah “stesen minyak masa depan” dan menjadi Stesen Minyak Pertama di Malaysia dengan Persijilan GBI Emas. Selain daripada menggunakan tenaga solar, stesen ini turut memiliki ciri-ciri lestari seperti mesin kompos sisa makanan yang mengubah sisa makanan menjadi baja, penyaman udara dan penyejuk yang cekap tenaga, kemudahan kitar semula dan pemasangan sistem lampu LED di kawasan mengisi minyak. Bagi mengurangkan penggunaan air daripada sistem bekalan air perbandaran, sistem pengumpulan air hujan telah digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan yang digunakan semula di stesen seperti di bilik air. 

Shell kini telah menerima persijilan GBI untuk lima buah stesen di Malaysia termasuk Shell Taman Connaught, Shell Damansara Jaya, Shell Mint Hotel, Shell Tangkak Layby dan Shell Alor Pongsu. Kumpulan Shell telah menetapkan sasaran untuk menjadi perniagaan tenaga dengan pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050 seiring dengan matlamat dunia. Usaha ini juga selaras dengan cita-cita Malaysia ke arah mencapai status Neutral Karbon2 pada tahun yang sama.  Kelestarian di Shell bermakna menyediakan tenaga secara bertanggungjawab, menghormati insan dan keselamatan serta alam sekitar. Menerusi bekalan tenaga yang lebih bersih dan penyelesaian mobiliti yang inovatif untuk Malaysia, Shell berharap dapat membangunkan dan meningkatkan kecekapan sektor tenaga dengan menawarkan produk dan perkhidmatan dengan pelepasan karbon yang lebih rendah.

 

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *