SUZUKI TELAH MELANCARKAN GSX-R150,GSX-S150 DAN RIDER150Fi

PUTRAJAYA: Suzuki Malaysia hari ini telah  memperkenalkan tiga jentera bersaiz kecil 150cc, untuk pasaran di dalam negara kita.Dengan kemunculan semula jenama Jepun itu ke dalam pasaran motosikal bersaiz kecil adalah amat ditunggu-tunggu oleh ramai peminat motosikal disini. Dengan kemunculan jentera ini segemen bawah 250 semakin meriah kembali dengan  memberi saingan antara jenama lain.Terdapat tiga model baharu itu diperkenalkan  kepada peminat yang mencari motosikal kegunaan harian yang dilengkapi dengan teknologi terkini, paling ringan dan prestasi menyeluruh antara yang terbaik.Harus di ingat Suzuki terkenal dengan ketahanan enjin mereka yang lasak serta tidak banyak karenah. Model yang diperkenalkan adalah dari jentera Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 yang masing-masing ditawarkan pada harga disyorkan atas jalan tanpa insurans RM11,329 dan RM10,289, antara boleh diterima harga yang disertakan.

Manakala, GSX-S150 dengan tema ‘naked bike’, serta posisi menunggang lebih tegak serta ketinggian pelana yang lebih rendah untuk prestasi tunggangan lebih selesa, terutama jarak sederhana atau di dalam bandar, kedua-dua model ini datang dengan ciri standard seperti paparan kluster instrumen LCD, serta rekaan lampu utama yang disusun menegak.
Masing-masing model ini menggunakan enjin 150 cc sejukan cecair, empat injap, ‘Double Overhead Camshaft’ (DOHC) yang mampu mencapai pecutan hebat dan kelajuan maksimum sambil meningkatkan rasa kelajuan yang terbaik.Untuk suspensi, GSX-150 didatangkan dengan fork teleskopik serta monoshock di belakang, sementara brek pula kedua-dua bahagian adalah sistem cakera, dengan angkup dua piston di hadapan. Rim bersaiz 17 inci, dibalut tayar 90/80 di hadapan dan 130/70 di belakang.

Model ketiga yang ditunggu-tunggu oleh peminat Suzuki Malaysia ialah Raider R150 Fi dengan harga disyorkan atas jalan tanpa insurans RM8,173 amat menarik sekali.Menggunakan enjin ‘bucket-tappet’ DOHC empat injap 150cc, ia menjadi nadi yang paling berkuasa pernah dipasang pada Raider R150 Fi.Silinder bersalut SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material) yang digunakan dalam motosikal sports besar Suzuki. Raider R150 Fi dilengkapi dengan mentol LED untuk suluhan rendah dan tinggi dengan lebih selamat di waktu Malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.