AKTIVITI PELANCONGAN SEMAKIN SEPI AKIBAT COVID-19.

Hampir kebanyakan kita terkesan akibat penularan wabak Covid-19 yang menular di negara kita ini. Kebanyakan kegiatan harian telah terjejas dan banyak sektor perniagaan mengalami kesan negatif antaranya ialah sektor pelancongan baik dalam skala besar atau kecil di negara kita. Umum mengetahui kerajaan telah berusaha untuk membantu sektor pelancongan ini untuk terus bertahan tetapi bilangan yang terjejas agak banyak dan bergantung 100% dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negeri terkesan dengan dengan gteruk akibat pandemik yang melanda kali ini. Usaha-usaha syarikat pelancongan untuk terus bertahan hanya berkesan pada peringkat awal pandemik sahaja, tetapi dengan kes berterusan meningkat hingga membawa lebih banyak kawasasan dan sektor perniagaan terkesan mengakibatkan semua kegiatan ekonomi terganggu.

Antaranya ialah kegiatan aktiviti pelancongan bagi mereka yang suka melancong, baik di dalam negeri atau luar negara dengan menggunakan kenderaan pilihan masing-masing. Aktiviti ini telah menjadi ikutan ramai, baik secara perseorangan atau berkumpulan yang ternyata membawa impak besar kepada industri pelancongan setempat hingga ke sempadan negara. Kegiatan aktiviti ini amat terasa kesannya sekarang akibat semua perjalanan merentas daerah serta negeri yang terbatas. Bagi mereka yang menunggang motosikal ketika wabak ini, perlulah bersedia dengan perkara keselamatan tambahan jika ingin melakukan segala aktiviti baik sebelum memulakan perjalanan atau semasa di dalam perjalanan nanti. Kebiasannya dulu kita hanya bersedia dengan kelengkapan keselamatan dan keperluan asas ketika menunggang sahaja tetapi sekarang ini kita semua wajib menyediakan segala pembasmi kuman atau alat yang boleh menghindar kita dari virus yang ada dipersekitaran kita.

Kebersihan dan kawalan kendiri akan menjadi lebih penting dan menyeluruh jika kerajaan memberikan kelonggaran pergerakan akan datang walaupun negara kita bebas atau jumlah kes positif menurun. Kebersihan akan tetap menjadi keutamaan buat kita semua dan mungkin lebih bersedia dari sebarang kemungkinan ketika dalam perjalanan. Ini kerana, menunggang motosikal terutamanya, lebih banyak terdedah kepada persekitaran terbuka lebih-lebih lagi ketika berhenti di tempat yang sesak dan dipenuhi orang ramai, ini pasti akan berlaku. Apa pun yang terjadi kita kena terima segala perubahan terhadap cara kehidupan kita pada hari ini dan harus dibiasakan. Perlu sentiasa bersedia apabila kita menunggang atau memandu apa jenis kenderaan sekali pun baik untuk urusan pelancongan atau bekerja.

Kita tidak dapat meramal apa akan terjadi di masa akan datang tetapi persediaan merancang semua perjalanan khususnya di mana tempat yang akan dilawati dan dipilih harus dilakukan demi menjaga kawalan kendiri apabila berada di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai kerana lagi banyak tempat yang dilawati dan ramai manusia berada di kawasan tumpuan, ia menjadi semakin berisiko kepada kita dan orang lain di sekeliling kelak.

Paling baik buat masa ini adalah memilih untuk bersabar dan bertenang. Walaupun perit, ada baiknya kita menangguh dahulu segala urusan perjalanan untuk tujuan pelancongan atau bekerja. Jika keadaan kembali normal, seeloknya kita bermula di tempat-tempat sekitar kawasan penempatan kita dahulu sewaktu wabak ini masih terkawal. Itu pun bergantung kepada keadaan dan arahan perintah kawalan pergerakan yang oleh kerajaan. Semoga kita semua mengekalkan kawalan kendiri dan berharap kita semua masih mampu dan berpeluang menikmati aktiviti pelancongan dan riadah yang sihat seperti dahulu dengan bebas. Rancang dahulu segala aktiviti kita buat masa kini dan akan datang, semasa hampir semua daripada kita berpeluang duduk di rumah.

Gunakan masa ini dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah dan selamat. Masa ini juga ada baiknya digunakan untuk memeriksa sendiri kenderaan atau alat kelengkapan perjalanan aktiviti pelancongan kita. Mungkin selepas ini bila semua  sempadan daerah, negeri dan negara dibuka, kita semua akan lebih bersedia dengan lebih sempurna terutamanya dari segi keselamatan diri dalam menghadapi penularan virus Covid-19 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.