Kolaborasi myTukar dan PolicyStreet.com menawarkan Polisi Insurans Pertama dalam Industri untuk Pembelian Kenderaan Pra-milik

Kuala Lumpur, 10 Jun 2021 – Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform perdagangan kenderaan terpakai atas talian yang paling cepat berkembang di Malaysia hari ini menjadi pelopor industri menerusi kolaborasi Bersama PolicyStreet.com yang dimiliki oleh Polisea Sdn Bhd, sebuah syarikat Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

Mengulas berkenaan kolaborasi bersama PolicyStreet.com, Fong Hon Sum selaku CEO myTukar menjelaskan, “Kami berasa amat gembira kerana berjaya mendapatkan rakan untuk berkolaborasi dalam usaha untuk menerajui perubahan di dalam industri kenderaan pra-milik. PolicyStreet.com diwujudkan berdasarkan keperluan perubahan terhadap industri insurans tradisional yang sudah berusia seabad lamanya, dan bertujuan untuk mendemokrasikan insurans dengan menjadikannya lebih Ringkas, Mudah dan Berpatutan – selari dengan misi myTukar dalam menjadikan pembelian dan penjualan kenderaan pra-milik yang lebih ringkas, memudahkan, cekap dan telus.”

Menerusi kerjasama ini, pelanggan myTukar kini boleh menerima sebut harga dengan segera daripada penyedia utama insurans menerusi satu platform sahaja, iaitu www.myTukar.com. Perkhidmatan ini turut menyokong pembelian insurans untuk kereta baharu serta pembaharuan polisi insurans.

myTukar kini merupakan rakan kepada PolicyStreet.com dan salah satu daripada platform penjualan kenderaan dalam talian yang pertama menyediakan insurans daripada pelbagai syarikat penyedia. Proses untuk mendapatkan insurans kini lebih mudah dan menyenangkan di dalam satu platform dalam talian di mana pelanggan boleh mendapatkan beberapa sebut harga dalam masa beberapa minit dengan hanya satu sentuhan butang. Setelah itu, pelanggan boleh memilih polisi yang bersesuaian.

CEO PolicyStreet.com, Lee Yen Ming berkata, “kami amat teruja dapat bekerjasama dengan myTukar dalam menawarkan perubahan yang dicari oleh myTukar bagi membolehkan pembelian insurans motor yang lebih lancar untuk para pelanggannya. Kami menjadikannya lebih mudah, senang dan berpatutan. Kami berharap agar dapat mempertingkatkan cara ini dengan menawarkan lebih banyak penyelesaian insurans pada masa terdekat.

Pelanggan myTukar kini boleh mendapatkan akses kepada insurans yang terbaik dan paling sesuai untuk mereka dengan tiga langkah mudah: 

  1. Masukkan butiran – masukkan butiran kenderaan dan jana sebut harga segera
  2. Banding harga terbaik – banding dan dapatkan sebut harga yang terbaik daripada senarai penyedia insurans.
  3. Buat pembayaran – Isi maklumat peribadi dengan tambahan maklumat sekiranya ada dan terus membuat pembayaran.

Sesetengah daripada penyedia insurans yang sudah pun menyertai myTukar menerusi PolicyStreet.com termasuklah Allianz General Insurance Company Berhad, AXA Affin General Insurance Berhad, Berjaya Sompo Insurance Berhad, Pacific and Orient Insurance Co. Berhad, RHB Insurance Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad. Senarai ini tidak menyeluruh memandangkan lebih banyak penyedia insurans sedang di dalam proses untuk menyertai myTukar dalam masa terdekat. Kesemua penyedia insurans ini menawarkan tambahan kepada perlindungan asas serta nilai yang dipersetujui.

Untuk maklumat lanjut berkenaan myTukar, sila layari laman web interatif pelanggan di www.myTukar.com atau hubungi 1800-22-5999 untuk bercakap dengan pakar produk.

Mengenai MyTukar

MyTukar adalah platform perdagangan kenderaan terpakai di Malaysia yang pesat berkembang. Misi Syarikat adalah untuk memudahkan proses pembelian dan penjualan kenderaan terpakai, secara digital. Platform myTukar.com bertujuan untuk menjadi platform Jual Beli kenderaan pra-milik atas talian yang dipercayai, telus, berkesan dan cekap. Sehingga kini, rangkaian myTukar yang terdiri daripada 2,200 pengedar berdaftar dan tujuh belas pusat pemeriksaan yang dibuka setiap hari telah berjaya menguruskan lebih daripada 40,000 unit kenderaan bernilai lebih RM1 bilion. Dengan pembukaan Pusat 3S myTukar dan Pusat Pengalaman Jualan yang terletak di pusat membeli belah utama, pelanggan kini boleh menikmati perjalanan yang menyenangkan ketika membeli dan menjual kereta terpakai di Malaysia. Pada tahun 2020, myTukar bergerak agresif dengan membuka tujuh cawangan baharu di serata Malaysia, selain menandatangani kerjasama strategik dengan rakan seperti CapBay, SISMA Auto Glenmarie SELEKT Centre, Sime Darby Auto Selection dan DRB-HICOM. myTukar akan terus komited di dalam strategi inovatif perintis bagi memacu pertumbuhan industri kenderaan pra-milik di Malaysia.

Mengenai CARRO

Ditubuhkan pada 2015, CARRO ialah platform jualan automotif di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi berskala tinggi. Berpengkalan di Singapura, CARRO menawarkan perkhidmatan lengkap untuk kesemua aspek pemilikan kenderaan, Dengan menawarkan pengalaman yang memudahkan, dipercayai dan telus, CARRO bermatlamat untuk menyediakan cara menarik dalam membeli dan menjual kenderaan. CARRO bergiat aktif di serata Singapura, Indonesia, Thailand dan Malaysia dengan hampir 7,000 rangkaian pengedar yang berkembang pesat.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.carro.sg

Mengenai PolicyStreet.com

PolicyStreet.com merupakan syarikat teknologi insurans yang memajukan insurans inklusif di Asia Tenggara. PolicyStreet.com merupakan jenama di bawah Polisea Sdn Bhd yang merupakan Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan di bawah Seksyen 11 dan 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dari Bank Negara Malaysia.   Pada ketika ini, PolicyStreet.com bekerja secara terus dengan lebih 35 syarikat penyedia takaful serta insurans am dan hayat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk insurans.

PolicyStreet mendemokrasikan insdustri insurans dengan menjadikan insurans lebih ringkas, mudah dan berpatutan. Layari www.policystreet.com dan dapatkan perlindungan anda sekarang!


Untuk Pertanyaan Media, sila hubungi:
myTukar
:Nishanta K. Manmathan
+6017 877 6156 | [email protected]

Kaylee Chang

+6012 366 9555 | [email protected]

GALERI