APRILIA RSV4 1100 FACTORY – RSV4 PALING BERKUASA DAN PALING RINGAN DENGAN ENJIN V4, 217 HP BAHARU

KUALA LUMPUR, Julai 2019 – Aprilia Malaysia, melalui pengimport dan pengedar rasminya Didi Resources Sdn Bhd, dengan rasminya memperkenalkan RSV4 1100 Factory, jentera jalanan Aprilia yang paling berkuasa.

Aprilia RSV4 sentiasa menetapkan tahap baharu dari segi rekaannya yang ‘sporty’ dan prestasi yang diadaptasikan daripada pengalaman ‘Racing Department’ Aprilia yang telah memiliki 54 gelaran dunia, dengan 7 daripadanya adalah Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK). Kemahiran dan pengalaman yang diperoleh di litar lumba diterjemahkan kepada penghasilan produk kilang Aprilia yang memberi semua penunggang keseronokan menunggang yang sama seperti jentera yang dihasilkan oleh Aprilia Racing.

Kuasa Aprilia RSV4 dijana oleh enjin V4 65° – yang pertama pada sebuah ‘sport bike’ jalanan dengan kerangka sama yang telah memenangi 18 gelaran dan 143 perlumbaan Grand Prix dalam kelas GP 250 dan sistem elektronik termaju bagi pengurusan enjin dan prestasi dinamik motosikal.

Inilah Aprilia, pengeluar pertama yang menggunakan pendikit ‘ride-by-wire’ pelbagai peta sebagai peralatan standard dan juga pengeluar pertama memiliki paten sistem kawalan dinamik APRC dengan ciri eksklusif seperti ‘self-calibration and wheelie control’ yang memberi keupayaan maksimum di kemuncak prestasi motosikal itu.

“Seperti motto Aprilia “Be A Racer”, RSV4 1100 Factory baharu ini memberi peminat dan pelanggan untuk menikmati teknologi terbaik Aprilia dari prestasi hingga ke peralatan elektronik dalam satu pakej yang kini boleh diperolehi oleh penunggang Malaysia untuk menggunakannya di atas jalan raya kita atau di Litar Antarabangsa Sepang,” ujar Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources.

GALERI