MINI Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-60 dengan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI Bertempoh 60 Bulan

Kuala Lumpur, 8 Julai 2019 – MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI (“MINI Service + Repair Inclusive Programme” atau “MSRI”) pada hari ini bagi semua kenderaan MINI yang dibeli mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2019.

Tawaran ulang tahun ini memberikan pemilik-pemilik MINI yang baharu Servis Berjadual Percuma yang terhad untuk 60 bulan atau 80,000km (mana-mana yang dipenuhi dahulu), serta Waranti bertempoh 60 bulan tanpa had perbatuan bagi kesemua model yang terangkum dalam portfolio kenderaan MINI.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Pada tahun ini, kami meraikan inovasi British yang berusia 60 tahun, ia hadir bersama reka bentuk ikonik serta ciri-ciri pemanduan mengujakan yang sinonim dengannya. Sejak 1959, MINI tidak lekang mencabar batasan dan pada masa yang sama, masih mengekalkan identitinya yang berpaksikan penggunaan ruang yang kreatif, keseronokan pemanduan, gaya dan individualisasi. Sempena meraikan ulang tahun ke-60 ini, kami berbesar hati untuk melanjutkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan kepada pemilik-pemilik MINI baharu untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan.”

Servis yang ditawarkan melalui Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan ini sejajar dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi (“Condition Based Service” atau “CBS”) dan ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

Tawaran eksklusif ini boleh dimiliki bagi semua pembelian kenderaan MINI yang didaftarkan dengan JPJ dalam tempoh program tersebut bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2019. Di samping itu, Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan juga boleh didapatkan oleh pelanggan pakej gerombongan (fleet packages), kenderaan dikecualikan duti serta Program Kepulangan Pakar (REP).

Maklumat lanjut mengenai Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan yang bertempoh masa terhad ini boleh didapati daripada semua wakil pengedar MINI yang bertauliah.

GALERI