Benelli Best Shop Selangor dan Kuala Lumpur – Tenaga Motor

Tenaga Motor merupakan nama yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Antara perniagaannya yang terkenal ialah Tenaga Motor yang terletak di kawasan Hentian Bas Kajang, Jalan Reko, Kajang. Mula beroperasi lebih daripada 10 tahun lalu, Tenaga Motor merupakan pusat sehenti bagi bikers dimana ia menawarkan perkhidmatan jual beli motosikal, servis dan baik pulih jentera kesayangan anda.

Perkhidmatan cekap yang tersedia dan persekitaran yang selesa di Tenaga Motor Kajang sedia menerima kunjungan anda setiap hari. Tenaga Motor Kajang juga merupakan bilik pameran pertama yang diiktiraf sebagai “Benelli Best Shop” dan pengedar eksklusif bagi jentera berjenama Royal Enfield yang tidak asing lagi bagi peminat tegar motosikal. Tenaga Motor Kajang juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan mengikut standard yang ditetapkan dimana setiap jentera yang dihantar, khususnya Benelli dan Royal Enfield akan diperiksa dan diselenggara dengan terperinci dan proses tuntutan selepas jualan adalah lebih mudah. Kepada orang ramai dan peminat motosikal yang masih tercari-cari jentera idaman anda, silalah ke Tenaga Motor Kajang bagi mendapatkan khidmat nasihat dan membeli motosikal idaman anda disini.

Sila “like” & “share” Facebook ENJIN DOTcom & “follow” kami di Instagram.
Jangan lupa menetapkan ENJIN DOTcom sebagai “see first” di FB anda!
#tenagamotor#benelli#RoyalEnfield#enjindotcom#pusatService#kamiberbeza#wearedifferent