Bermulanya suatu perjalanan ke Moscow sempena perlawanan akhir Piala Dunia

Bermulanya satu perjalanan.

Bagi mereka yang bergelar bikers, pasti mempunyai cita-cita atau misi untuk mencipta sejarah peribadi atau untuk negara. Begitu juga dengan saudara Alfieshahrin dan juga isteri, Diana yang akan memulakan perjalanan ke Moscow, Rusia sempena perlawanan pertandingan akhir bola sepak dunia.

Beliau yang akan menunggang motor Honda RS150 R akan melalui beberapa negara iaitu Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Armenia, Georgia dan dijangka akan mengambil lebih kurang 40 hari untuk tiba di Moscow. Beliau juga ada bercadang untuk meneruskan perjalanan ke Eropah sebelum pulang ke tanahair juga melalui jalan darat jika tiada halangan. Alfie dan isteri telah membuat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan dengan bantuan Wisma Putra bagi melalui negara-negara untuk ke destinasi akhirnya, Moscow.

Yang Berbahagia Amirudin Shaari, Adun Sungai Tua yang juga Exco Belia dan Sukan Pembangunan Keusahawanan Desa dan Kampung Tradisi, mengibarkan bendera sebagai simbolik pelepasan pasangan Alfie dan Diana di Hotel Hype berkata, pihaknya memberi sokongan penuh dalam merealisasikan pengembaraan ini dan ia akan menjadi contoh yang baik kepada semua belia di Malaysia.

Tidak lengkap pengembaraan ini jika tiada tajaan yang juga mahukan perjalanan ini berjaya. GIVI Malaysia menaja kelengkapan motosikal berupa set kotak pengembaraan Givi Trekker Dolomiti dan juga topi keledar, Rangkaian Hotel Hype menaja penginapan dan juga sedikit bantuan kewangan, Exco Belia dan Sukan kerajaan negeri Selangor menaja kelengkapan perjalanan dan kewangan dan Boon Siew Honda pula menaja penyelenggaraan motor saudara Alfie dan juga sebagai pengantara dengan pihak Honda di luar Malaysia.

Perjalanan ke Moscow Rusia ini adalah destinasi kedua buat pasangan ini selepas mereka berdua ke London pada tahun lepas, juga menunggang motosikal model yang sama.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pasangan Alfie dan Diana selamat dalam perjalanan pergi dan balik mereka.

#enjindotcom #roadtomoscow #hondars150 #destinasienjindotcom #utamakankeselamatan #givimalaysia #boonsiewhonda #exploreenjoy #thepowerofdreams #hypehotel #excobeliasukanselangor

GALERI