Millennium Welt, wakil pengedar jenama BMW di Malaysia telah membuka tirai pusat pengedarannya yang pertama di Lembah Klang menerusi outlet Utara Kuala Lumpur miliknya, berkhidmat sebagai pusat pengedaran Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) untuk jenama BMW serta BMW Premium Selection (BPS).

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Pusat pengedaran Millennium Welt Utara Kuala Lumpur merupakan ahli baharu dalam jaringan wakil pengedar kami yang serba ekstensif di Lembah Klang di mana kami berpeluang untuk berkembang selari dengan bilangan penyerahan dan kumpulan pelanggan kami di kawasan ini. Pinggir utara Kuala Lumpur sedang pesat membangun dengan unjuran untuk menyumbang lebih daripada 500 buah kenderaan bagi segmen premium dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Kami juga berbesar hati dengan Millennium Welt yang berkongsi komitmen sama terhadap mobiliti lestari yang mengamalkan alternatif bertanggungjawab ke atas penjanaan tenaga serta menyediakan akses yang lebih baik ke atas infrastruktur pengecasan di lokasi urban yang mempunyai aliran trafik yang tinggi. Pendekatan progresif mereka terhadap kelestarian akan memberi impak dalam menyemai keyakinan di alaf elektrik, memberi inspirasi kepada yang lain pada masa yang sama.”

Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt menambah, “Bergelar wakil pengedar BMW yang bertauliah sejak lebih daripada sembilan tahun, kami berbangga untuk memperkenalkan pusat pengedaran kami yang pertama dan yang paling efisien tenaga di Kuala Lumpur. Kami menyokong aspirasi BMW Group terhadap mobiliti karbon rendah dan elektrifikasi di seluruh dunia yang merupakan sebab utama kami menyuntik pelaburan bagi memastikan jejak karbon kami dapat diminimumkan secara signifikan. Berbekalkan sokongan teras pelanggan kami, kami juga telah menetapkan sasaran besar bagi Millennium Welt untuk menyerahkan 2,400 buah kenderaan merentasi jenama BMW, MINI, MINI Next, BMW Motorrad dan BMW Premium Selection pada tahun ini menerusi seluruh titik sentuh rangkaian kami.”

Atas sebahagian daripada usaha organisasi ini dalam menjulang kelestarian, Millennium Welt Utara Kuala Lumpur dilengkapi dengan 192 unit panel PV solar 96 kWp, mampu menjana lebih daripada 123,700 kWj tenaga untuk menguasakan perkarangannya. Dengan menggunakan penyongsang mikro untuk menukar arus terus (DC) kepada arus ulang-alik (AC) di atas bumbungnya dengan selamat dan efisien, Millennium Welt dapat menjimatkan sebanyak RM4,900 setiap bulan bagi penggunaan tenaga, di samping mengurangkan emisi karbon sebanyak 86 tan setiap tahun. Para pemilik kenderaan elektrik (EV) yang mengunjungi pusat pengedaran ini juga boleh memanfaatkan khidmat pengecasan AC/DC bagi kenderaan elektrik milik mereka di ruang parkir pelanggan.

Pusat pengedaran 4S yang baharu ini dibina di atas ruang seluas 35,600 kaki persegi, dapat mempamerkan sehingga lima kenderaan BMW baharu serta 10 kenderaan BMW Premium Selection. Perkarangannya juga akan meliputi 20 ruang kerja, termasuk lima laluan segera bagi khidmat servis kenderaan, berserta tiga ruang servis RATC (resepsi di kereta). Ia membolehkan pusat 4S ini memenuhi sehingga 60 janji temu servis kenderaan setiap hari.

Ditunjangi oleh 90 orang kakitangan yang berdedikasi – termasuk lima juruteknik voltan tinggi bertauliah – untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti buat pelanggan BMW dan BMW Premium Selection, Millennium Welt Utara Kuala Lumpur juga membolehkan pelanggannya untuk mendaftar dan memperbaharui insurans kenderaan mereka, tukar beli kenderaan terpakai, serta mendapatkan khidmat BMW Financial Services di sini. Pusat pengedaran ini turut menampilkan Customer Lounge; Handover Lounge; Isetta Bar; BMW Lifestyle & Accessories, BMW Parts; sebuah halaman eksterior dan servis RATC.

Mulai hari ini sehingga 31 Mei 2022, pelanggan yang menservis kenderaan BMW mereka di Millennium Welt Utara Kuala Lumpur akan dihadiahkan baucar bernilai RM100, sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Millennium Welt Utara Kuala Lumpur kini dibuka dari 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad di Lot 50009, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut mengenai pusat pengedaran 4S yang terbaharu ini, sila layari https://www.bmw-millenniumwelt.com.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published.