BMW Group Malaysia Tangani Isu Sisa Automotif Menerusi Kerjasama dengan Pentas Flora.

MW Group Malaysia telah merasmikan kerjasama mereka dengan Pentas Flora dalam majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU), diadakan sejajar dengan sesi meja bulat yang dirumus untuk mengupas perihal Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), anjuran pengeluar kenderaan premium tersebut.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Bagi kami di BMW Group
Malaysia, visi kami terhadap kelestarian adalah amat jelas. Menerusi segala usaha kami untuk
menangani permasalahan perubahan iklim, kami memastikan strategi kami adalah bersifat Sirkular
dan juga Bertanggungjawab – sambil mengorak haluan yang bertepatan dan konsisten ke arah
sasaran neutraliti iklim menjelang tahun 2050. Dalam usaha tersebut, kami akan memacu aspirasi
global Kumpulan Syarikat ini di peringkat tempatan, sambil memberi inspirasi kepada lebih ramai
peneraju industri di Malaysia untuk mendahulukan aspek ESG semasa membuat keputusan untuk
operasi mereka.”


Matthias Schlesiger, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia turut
menyatakan, “Dalam langkah menuju ke arah amalan yang lebih lestari dalam perniagaan kami
sendiri, kami telah menilai ekosistem kami terlebih dahulu bagi mengenal pasti entiti-entiti
penginovasi dan berwawasan, yang berkongsi aspirasi yang sama seperti kami – dan Pentas Flora,
pelanggan BMW Group Financial Services Malaysia untuk sekian lama, merupakan rakan usaha
kelestarian kami yang ideal. Pada tahun 2021, kami telah memulakan inisiatif secara dalaman
bersama jaringan wakil pengedar tempatan kami untuk memberikan sisa minyak dan pelincir yang
dikumpul dari pusat servis masing-masing sebuah nafas baharu dalam bentuk minyak asas eko
bertapis.”


Oon Kin Seng, Pengarah Eksekutif Kumpulan Pentas Flora berkata, “Usaha sama ini amat bermakna
bagi kami di Pentas Flora kerana jelas sekali kita berkongsi sentimen yang sama dalam menjulang aspek kelestarian dan kebertanggungjawaban, ia termasuk memelihara kesihatan alam sekitar,
justeru memastikan elemen-elemen yang boleh memudaratkan bumi akan dilupuskan dengan
kaedah yang berhemah. Utama sekali, kerja kami dalam pengurusan sisa berjadual untuk para klien
yang merentasi pelbagai industri, yakni dengan membekalkan solusi hujung-ke-hujung bagi
pengurusan sisa berbahaya, merupakan sebahagian daripada visi yang lebih besar untuk
melestarikan alam yang wujud di sekitar kita serta mencerahkan masa depan buat seluruh rakyat
Malaysia, dan kami berbesar hati kerana berpeluang untuk menggiatkan usaha ini bersama BMW
Group Malaysia.”


Lebih daripada 30,000 liter sisa minyak pelincir telah dikumpul dari empat buah pusat pengedaran
BMW yang terlibat di kawasan Lembah Klang setakat ini, dan ia dihantar untuk pemprosesan di kilang penapisan Pentas Flora yang beralamat di Banting untuk ditukar menjadi minyak asas eko bertapis (EBO), yang kemudiannya akan diagihkan semula ke sektor automotif. Minyak tapis merupakan produk yang kompleks namun mempunyai ciri kebolehgunaan yang tinggi. Ia akan melalui penyulingan vakum, termasuk proses prarawatan seperti penapisan, penyahairan, dehidrasi vakum, penyulingan berjarak pendek, dan pelbagai lagi proses rawatan untuk mendapatkan produk akhir berkualiti yang setanding dengan minyak asas yang dirawat tanpa kimia.


Atas sebahagian daripada program RE:GENERATE oleh BMW Group Malaysia untuk menerapkan
prinsip sirkulariti dalam organisasinya, kolaborasi bersama Pentas Flora ini merupakan langkah
pertama yang mustahak bagi memastikan bukan sahaja sisa automotifnya diuruskan dengan baik,
tapi juga untuk beralih daripada pendekatan linear yang konvensional. Matlamatnya adalah untuk
melibatkan seluruh pusat pengedaran BMW di Malaysia bagi usaha pengitaran semula minyak dan
pelincir terpakai, dan pada masa yang sama, menggalakkan lebih ramai penggiat industri untuk
memberi tumpuan khas terhadap pengurusan sisa, memastikan sisa tidak lagi dibuang dengan
sewenang-wenangnya di tapak pelupusan, dibakar, atau dilupus secara haram.


Sesi meja bulat bertemakan ESG oleh BMW Group Malaysia dan Pentas Flora membariskan nama-
nama penting dari sektor awam, di samping para pakar dan penginovasi dalam bab kelestarian.
Mereka telah berkongsi ilmu mengenai amalan rendah karbon dan pasaran karbon sukarela, risiko
ketidakpatuhan ESG, tatatadbir untuk menjamin pertumbuhan yang lestari, serta anjakan sikap dalam
kalangan entiti korporat di Malaysia untuk memikul amalan regulasi kendiri dalam usaha kelestarian
masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *