BMW Malaysia Mempersembahkan BMW i3s yang Sulung.

Pengeluar kenderaan premium memperkenalkan kenderaan elektrik tulen yang pertama di Malaysia.

Kuala Lumpur, 11April 2019 – BMW Malaysia telah mengambil peluang pada hari ini untuk merungkaikan BMW i3s, Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) juga dikenali sebagai kenderaan elektrik tulen di Pameran Auto Malaysia 2019. BMW i3s yang pertama merupakan penambahan kepada portfolio kenderaan Mobiliti Bervisi bagi pengeluar kenderaan premium ini, dan ia memperkukuhkan kedudukan BMW Group Malaysia sebagai pembekal e-mobiliti yang terkemuka di dalam negara.

“BMW i3s yang pertama ini membuktikan komitmen kami untuk membentuk Mobiliti Masa Hadapan di Malaysia. Secara berterusan, kami telah memacu inisiatif untuk inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat tempatan, serta kesedaran terhadap teknologi baharu dan bersih bagi industri automotif, tambahan pula membangunkan infrastruktur untuk kenderaan premium di Malaysia. Dengan BMW i3s terbaharu ini, kenderaan elektrik tulen yang sulung di Malaysia dalam segmen premium, kami berharap untuk terus memacu Mobiliti Bervisi ke hadapan,” ujar En. Raymond Tan, Ketua Unit Jualan BMW Malaysia.

Sejajar dengan matlamat BMW Malaysia untuk membawa kelestarian masa hadapan ke aras yang baharu, pengenalan BMW i3s yang sulung ini menyumbang kepada Polisi Automotif Nasional 2014 yang mensasarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaan efisien tenaga (EEV) menjelang tahun 2022. Dengan tahap penembusan EEV yang disasarkan, iaitu sebanyak 80% daripada jumlah volum keseluruhan industri menjelang tahun 2022, BMW Malaysia komited untuk memberikan sokongannya terhadap agenda nasional dengan jentera BMW i3s yang pertama ini – kenderaan elektrik tulen yang pertama di Malaysia dalam segmen premium.

Dengan penyerahan 120,000 unit kenderaan BMW i3 yang dibuat sebelum ini di peringkat global, BMW i3s yang pertama kini membawakan nuansa penggayaan yang lebih kemas, teknologi bersepadu yang canggih dan reka bentuk ‘hijau’ yang mempertimbangkan kelestarian pada setiap masa. Ia bukan sahaja sebuah kenderaan elektrik yang berkuasa tinggi, ia juga dilengkapi dengan sumber-sumber yang telah dikitar semula sebanyak 80%, termasuk sumber yang boleh digunakan semula – lantas membuktikan komitmen BMW Malaysia terhadap kelestarian automotif. Dengan penambahbaikan teknologi eDrive keluaran BMW, BMW i3s yang pertama menjamin emisi tempatan sifar tanpa mengkompromikan daya pemanduan serta keefisienan tenaga. BMW i3s yang pertama berupaya untuk menjana output maksimum yang mengagumkan, ia berjumlah 135 kW/184 kk, menjadikannya sebuah jentera luar biasa dalam kelas seumpamanya.

BMW i3s yang pertama serta portfolio kenderaan iPerformance daripada BMW didukung oleh platform ChargEV menerusi usaha sama BMW Group Malaysia dengan GreenTech Malaysia. Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV, ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEV yang kian berkembang di seluruh negara.

Simbol mobiliti urban yang mengujakan.

Penggayaan eksterior serba avant-garde yang mengagumkan pada jentera BMW i3s ini telah menggarap pelbagai anugerah bagi reka bentuknya, termasuk anugerah emas iF bagi reka bentuk produk, anugerah Reka Bentuk Kereta Terbaik di Dunia (World Car Design of the Year) dan Kereta Hijau Terbaik di Dunia (World Green Car of the Year). BMW i3s yang pertama ini juga tampil dengan bampar hadapan yang garang dengan keliling berbentuk U dalam warna hitam, serta penggayaan berglos tinggi dalam warna hitam bagi gril ‘kidney’ yang berpenutup, memberikannya keterampilan yang tersendiri. Perapi strip lateral pada seksyen apron hadapan dalam warna, ‘BMW i Blue’ menonjolkan lagi kelebaran jentera urban ini.

Set lampu hadapan dengan LED penuh didatangkan sebagai tawaran standard, berserta dengan lampu indikator yang diintegrasikan secara melintang ke arah apron hadapan, ia menuntaskan kelasakan jentera ini. Penggayaan berglos tinggi dalam warna hitam pada tiang A serta garisan bumbung memberikan jentera elektrik ini sebuah keterampilan yang lebih rapi. Dari bahagian belakang, BMW i3s yang pertama tampak garang dengan spoiler belakang bervarian spesifik dan keliling lebar berwarna hitam.BMW i3s yang pertama juga dilengkapi dengan sistem suspensi sport sebagai standard, ia meliputi penurunan sebanyak 10 mm pada tahap ketinggian jentera ini, serta kelebaran trek tayar dinaikkan sebanyak 40 mm demi pengendalian yang lebih lasak. Secara eksklusif, ia juga disertakan dengan roda 20 inci beraloi ringan BMW i menerusi penggayaan ‘double-spoke’ 431 dengan tayar bercampur