BRAAAP MOTORSPORTS DILANTIK SEBAGAI PENGENDALI LITAR LUMBA UNIMAP.

Bermula sebagai promoter dan penganjur acara ‘trackday’ dan perlumbaan pada lapan tahun lepas, Kelab Sukan Bermotor BRAAAP, atau lebih dikenali sebagai BRAAAP Motorsports kini mengembangkan sayap sebagai pengendali litar. Melalui kerjasama strategik yang dijalinkan bersama-sama dengan Unit Penyelidikan dan Teknologi Sukan Permotoran (MoTECH) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Berkuatkuasa 2 Mei lepas, BRAAAP Motorsports dilantik sebagai pengendali kepada litar lumba yang telah dibina di dalam Kampus Utama Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis pada tahun 2013 sebagai hab sukan bermotor di utara tanah air serta kemudahan dalam bidang penyelidikan dalam industri permotoran.

“Pihak kami amat teruja dengan kerjasama ini. Ia adalah sesuatu yang sememangnya dalam perancangan jangkamasa panjang kami di BRAAAP Motorsports dalam memainkan peranan yang lebih aktif dalam memperkasakan sukan pemotoran negara. Kami berharap ini adalah permulaan untuk lebih banyak lagi kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak lain di dalam industry sukan bermotor dua roda dan empat roda.

“Pihak kami amat berterima kasih kepada pengurusan tertinggI UniMAP atas kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan kepada pasukan kami. Kami amat teruja untuk berkongsi dengan pihak MoTECH, UniMAP tentang pelan pembangunan untuk menaikkan taraf Litar UniMAP yang pada kami adalah infrastuktur hebat yang berpotensi dibangunkan ke kelas dunia dan menjadi hab utama sukan pemotoran negara khususnya di utara Semenanjung,” kata Presiden

Kelab Sukan Bermotor BRAAAP, Encik Azuan Izadee dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Azuan, antara pembangunan di bawah perancangan UniMAP di bawah pelan 2023 – 2026 untuk menaikkan taraf Litar UniMAP sebagai hab sukan permotoran adalah mengadakan fasiliti-fasiliti penting untuk kemudahan pengunjung serta penganjur acara-acara sukab bermotor yang disanksi oleh pihak berwajib. Di samping itu, ia juga mempunyai perancangan untuk menaikkan taraf infrastruktur lampu limpah untuk mengadakan perlumbaan malam menjelang tahun 2026.

“Pihak kami di BRAAAP Motorsports melihat pelan pembangunan ini sebagai sesuatu keputusan bijaksana yang tepat pada masanya selaras dengan aspirasi pihak MoTECH UniMAP dan Kementerian Belia dan Sukan untuk meluaskan lagi populariti sukan bermotor dan menggalakkan golongan remaja untuk melibatkan diri dalam sukan pemotoran secara profesional. Ini akan memberi impak besar dalam mengatasi gejala lumba haram dan Mat Rempit di samping meluaskan peluang perniagaan dalam industri sukan pemotoran.

Sinonim dengan ‘tagline’ ‘Mesti BRAAAP Lagi’, kelab motor BRAAAP Motorsports ditubuhkan pada tahun 2015 untuk mempromosi lumba motosial di kalangan penunggang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menceburi sukan pemotoran secara sah dan bersaing dalam suasana selamat di litar-litar perlumbaan dengan kehadiran marsyal perlumbaan dan pasukan perubatan. Melalui Kerjasama ini juga, pihak BRAAAP Motorsports telah memperolehi sebanyak 14 unit Go-Kart model SODIKart RT8 270cc berteknologi tinggi dan terkenal di pelusuk dunia sebagai go-kart rekreasi yang berprestasi tinggi untuk menjadikan litar UniMAP sebagai salah satu pusat sukan dan rekreasi segenap lapisan masyarakat di utara tanah air. Pakej sewaan serendah RM30 bagi setiap 10 minit. Untuk maklumat lanjut sila layari laman media sosial facebook, instagram atau tiktok Xtreme Karting by BRAAAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *