Gentari dan Evolt menandatangani Memorandum Persefahaman bagi menerokai kerjasama infrastruktur mobiliti hijau di Asia Tenggara 

 Penyedia penyelesaian tenaga bersih Malaysia, Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd dan penyedia infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) Evolt Technology Company Limited (Evolt) yang berpangkalan di Bangkok telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menerokai kerjasama dalam menawarkan penyelesaian tenaga bersih. Kedua-dua syarikat itu akan bekerjasama untuk mengembangkan infrastruktur dan penyelesaian pengecasan EV di seluruh Asia Tenggara, serta menerokai potensi usahasama lain dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian mobiliti hijau.  

“MoU ini menandakan penyertaan sulung kami dalam pembangunan infrastruktur serantau di Asia Tenggara. Gentari berhasrat untuk memantapkan kedudukannya di Thailand, dan usahama dengan Evolt ini bakal menyaksikan sinergi antara kepimpinan pasaran Evolt di Thailand serta kepakaran serantaunya dengan matlamat Gentari untuk mengembangkan rangkaian mobiliti hijau kami ke pasaran-pasaran utama di Asia Pasifik. Gentari dan Evolt akan bersama-sama menerokai potensi pelaburan untuk membangunkan infrastruktur pengecasan serantau bermula di Thailand, dengan tumpuan terhadap lokasi komersial seperti pusat beli-belah, hotel dan pejabat, serta hab transit dengan jumlah trafik yang tinggi. Sementara itu, apabila rangkaian jalan serantau menjadi lebih bersepadu, kami turut melihat potensi dalam menerokai perkhidmatan perayauan dalam infrastruktur pengecasan, justeru menawarkan pengalaman pengecasan lebih lancar kepada pemandu EV walaupun ketika memandu merentasi sempadan,” ujar Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razalli.

“Usahama strategik dengan Gentari ini menandakan satu pencapaian penting bagi Evolt dalam memacu pembangunan stesen pengecasan EV. Kami mempunyai kepakaran dalam mengenal pasti lokasi yang tepat bagi pemasangan stesen pengecasan untuk semua gaya hidup pengguna, tidak kira untuk tujuan riadah atau kerja, yang menawarkan kemudahan dari segi akses, perjalanan yang serba lancar untuk mereka yang sering berulang alik, dan liputan yang mencukupi. Gentari telah berjaya memasang lebih daripada 250 kemudahan pengecasan di India dan Malaysia serta semakin terkenal dan diyakini oleh pengguna di rantau ini. Memorandum Persefahaman ini akan menyaksikan kami bekerjasama dalam  pelaburan dan pembangunan stesen pengecasan di Thailand serta meningkatkan keupayaan dan kesediaan untuk merebut peluang perniagaan pengecasan EV di Asia Pasifik,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Evolt Technology Co., Ltd., Poonpat Loharjun.

Sejak ia diperkenalkan pada Jun 2022, Gentari telah mencatatkan kemajuan pesat dalam mengembangkan rangkaian mobiliti hijaunya. Sehingga 5 Januari 2023, Gentari menerusi entiti-entiti gabungannya, telahpun memasang 151 kemudahan pengecasan di 32 lokasi di Malaysia dan sejumlah 132 kemudahan pengecasan di India. Berbekalkan misi untuk menjadi penyedia penyelesaian mobiliti hijau pilihan di Asia Pasifik, Gentari berhasrat untuk menguasai 10% jumlah pasaran (kira-kira 25,000 kemudahan pengecasan berdasarkan kepada anggaran semasa) di pasaran-pasaran utama di Asia Pasifik menjelang 2030. Dalam jangka masa sederhana, Gentari berhasrat untuk memasang 9,000 kemudahan pengecasan awam menjelang 2026, terutamanya di Malaysia dan India. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Gentari, sila kunjungi www.gentari.com.

Mengenai Gentari   

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *