GOODYEAR MALAYSIA MENUTUP TAHUN INI DENGAN BONANZA YANG MENARIK

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2020 – Goodyear Malaysia mengakhiri tahun ini dengan memberi penghargaan kepada pelanggan dengan adanya hadiah mingguan dan bulanan yang menarik, dan meneruskan kegembiraan ini sehingga Tahun Baru Cina tahun hadapan.

Bermula hari Isnin, 14 Disember 2020 hingga Ahad, 28 Februari 2021, pengguna yang membeli tayar Goodyear akan layak untuk menyertai peraduan, dan dengan mudah mereka boleh mendaftar pembelian di laman sesawang Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance. Sepanjang tempoh peraduan, terdapat sebanyak 40 pemenang mingguan dan 3 pemenang bulanan di mana mereka akan menerima sebuah Bag galas Laptop Targus Sport dan kredit Touch ‘n Go bernilai RM888.

Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar buat semua, dan kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada peminat setia dan penyokong baru kami kerana menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kami dan juga produk-produk kami. Melalui peraduan ini, kami ingin terus menyampaikan mesej kepada semua pengguna jalan raya di mana perlu mengambil serius akan keselamatan di jalan raya, dengan mengingatkan untuk mengganti tayar mereka apabila sampai masanya dan memulakan tahun baru di landasan yang betul.”

Butiran Peraduan

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu membuat pembelian tayar Goodyear di mana-mana pusat Goodyear AutoCare atau pengedarnya, dan seterusnya mendaftar pembelian mereka di laman sesawang Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance. Setiap pembelian dua tayar dengan bersaiz ukuran 16 inci ke bawah, bersamaan dengan satu penyertaan; manakala setiap pembelian 2 tayar dengan bersaiz ukuran 17 inci ke atas, bersamaan dengan 2 penyertaan.

Pemenang akan diumumkan secara mingguan dan bulanan melalui laman Facebook Goodyear Malaysia (@GoodyearMalaysia), dan pemenang bulanan akan menerima ganjaran mereka melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.  Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan, pengguna boleh melayari laman sesawang Goodyear Malaysia’s Year End Promo di https://www.goodyear.com.my/offer/2020-year-end-promo-mechanics. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Goodyear Malaysia dan tawaran produk, layari www.goodyear.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *