GR SUPRA KINI DIPERTINGKAT DENGAN CIRI KETERHUBUNGAN DIGITAL

Yang terbaik kini lebih trendy! Dibangunkan tidak hanya dengan   GR Supra terbaru kini dipertingkat lagi dengan naik taraf untuk memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan kepada pengguna yang menghargai teknologi digital untuk membolehan mereka tidak sekadar dapat menikmati pemanduannya, malahan turut boleh memanfaatkan teknologi keterhubungan masa kini. Toyota GR Supra yang diperkemas ini ditawarkan dalam varian 3.0 liter, dan kini dengan pengenalan Apple CarPlay (sambungan wayar) sudah tentu ia akan membuatkan pengguna peranti mudah alih Apple sentiasa terhubung dan terhibur di sepanjang perjalanan. Ini akan
melengkapi ciri sedia ada seperti skrin sentuh 8.8-inci dengan kawalan touch pad, navigasi binaan dalam serta ciri USB dan Bluetooth yang tersedia dalam kereta. GR Supra juga dilengkapi dengan sistem JBL HiFi Surround Sound dengan 12-pembesar suara untuk pengalaman audio terbaik. Pertambahan ciri terbaru ini merupakan kemaskini kedua yang dilakukan terhadap GR Supra selepas naik taraf prestasi yang diperkenalkan pada Julai 2020. Naik taraf prestasi yang dilakukan itu melibatkan enjin turbocas enam-silinder sebarisnya yang kini menjana 285 kW (388 PS) kuasa antara 5,800 dan 6,500 rpm, melibatkan pertambahan sebanyak 14%. Tork maksimum kekal 500 Nm, tetapi ia berada di puncak dalam julat yang lebih luas antara 1,800 rpm dan 5,000 rpm berbanding 1,600 rpm hingga 4,500 rpm sebelumnya.

Jurutera Toyota turut meningkatkan janaan kuasa tersebut dengan cara menala semula dan menambah manifold ekzos dua cabang dengan enam port (berbanding hanya dua port), yang memperbaiki pengurusan haba enjin. Rekaan baru untuk piston pula telah mengurangkan nisbah mampatan enjin dari 11:1 kepada 10.2:1. Semua penambah baikan itu membolehkan GR Supra yang dilengkapi dengan transmisi automatik 8-kelajuan ini untuk memecut 0-100 km/j dalam masa 4.1 saat, menjadikannya 0.2 saat lebih pantas, berbanding 4.3 saat sebelumnya. Casis GR Supra juga ditala dengan tambahan Performance Rod untuk meningkatkan ketahanannya dan memberikan kestabilan lebih baik ketika di selekoh. “Rekaan dan parameter kejuruteraan GR Supra sejak awal memberi tumpuan terhadap prestasi, kemampuan pengendalian dan penggayaan, barisan elemen yang bukan hanya menjadikannya waris kepada Supra terdahulu tetapi juga mewakili teras utama Gazoo Racing (GR). Dengan maksud ini, model GR dibina agar sentiasa berevolusi, tidak hanya dengan tumpuan terhadap tiga
faktor utama tersebut, tetapi juga menyertakan Mobiliti Keterhubungan serta sistem pemanduan pintar dengan kehadiran kemaskini semasa yang telah diberikan. Ia juga dapat memperkaya pengalaman pemilikan dan pemanduan pelanggan kami,” jelas Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.
Keselamatan kekal menjadi keutamaan Toyota, dan ia lebih penting untuk modelseperti GR Supra yang memberikan pemanduan prestasi tinggi. Teknologi keselamatan yang dibina untuk GR Supra membolehkan pemandu mengunjurkan kemampuan kereta dan pemanduan mereka sendiri dengan selamat. Teknologi ini merangkumi pelbagai sistem aktif yang akan berfungsi untuk membantu pemandu dalam keadaan memerlukan. Ini termasuklah ciri Amaran Perlanggaran Depan, Amaran Penukaran Lorong, Kawalan Melayar Adaptif (semua kelajuan), Sistem Lampu Tinggi dan Bantuan Penanda Jalan.
Ciri lain termasuklah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA); Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) & Kawalan Cengkaman (TRC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Peninjau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Di Belakang, Sensor Parkir depan dan belakang, kamera undur dan Amaran Perlanggaran Belakang.


GR Supra ditawarkan dalam tujuh warna memikat: White Metallic, Silver Metallic, Ice Grey Metallic, Black Metallic, Prominence Red, Lightning Yellow dan Matte Storme Grey Metallic. Dijual pada harga bermula RM589,987 (dengan 50% pengecualian SST hingga 31 Disember 2021 dan tidak termasuk insurans), GR Supra dengan kemaskini terbaru ini boleh ditempah dari bilik pameran rasmi Toyota GR Garage terpilih seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari toyota.com.my atau hubungi talian bebastol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Leave a Reply

Your email address will not be published.