ENAM MOTOSIKAL TERKINI UNTUK PELANCARAN SEMULA JENAMA SUZUKI DI MALAYSIA

Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini sudah mengumumkan spesifikasi dan pilihan warna untuk keenamenam model baharu yang sudah boleh didapati dari bilik pameran pengedar-pengedar sah di seluruh
negara.
Kami harap model-model ini mampu untuk memuaskan selera semua peminat motosikal tempatan. Dengan teknologi dua roda yang terbaharu, digabungkan dengan warna serta grafik yang selari dengan citarasa terkini, kami yakin kesemua model ini mampu mengujakan peminat-peminat motosikal,” terang Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Yang Berbahagia Dato’
Jeffrey Lim.
Keenam-enam model itu meliputi pelbagai kategori iaitu dari yang berprestasi tinggi, yang menampilkan gaya hidup urban, dual-purpose dan jentera “street” pertengahan.
Di bawah ialah informasi untuk kesemua model tersebut.


GSX-R1000/GSX-R1000R
• RM99,289.000 dan RM110,289.00 (Tanpa insurans dan pendaftaran)
• Metallic Triton Blue dengan Metallic Mystic Silver (GSX-R1000R)
• Metallic Matte Black (GSX-R1000/ GSX-R1000R)


Salasilah sukan permotoran begitu kuat dicerminkan oleh model GSX-R1000 dan GSX-R1000R yang tampil dengan reka bentuk yang lebih kompak, disertakan sekali enjin yang lebih ringan, khusus untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi pada banjaran rpm yang lebih meluas. Dengan penampilan aerodinamik yang baharu, rangka aluminium twin-spar yang digunakan adalah
lebih ringan dan kompak berbanding generasi terdahulu, manakala kedudukan lengan ayun yang boleh diselaras membenarkan motosikal tersebut ditala untuk kegunaan di litar mengikut keserasian penunggang. Panel meter berbentuk LCD juga menyerupai apa yang digunakan oleh model GSX-RR di dalam arena MotoGP.


Model GSX-R1000 dan GSX-R1000R’s dipacu oleh enjin DOHC, empat silinder sebaris bersesaran 999.8cc yang memberikan pretasi “top-end” yang lebih kuat serta lebih bertenaga pada kedudukan rpm yang lebih meluas. Penambahbaikan yang dibuat termasuk perubahan pada gerek dan lejang, iaitu 76mm dan 55.1mm dan kedudukan enjin yang kini lebih terkebelakang di dalam casis untuk memantapkan keseimbangan dan pengendalian motosikal tersebut. Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan sistem Suzuki Racing Variable Valve Timing (SR-VVT) untuk kelebihan prestasi pada rpm yang tinggi tanpa menggugat prestasi pada rpm di bahagian rendah dan pertengahan.
Model GSX-R1000 danGSX-R1000R dilengkapi dengan kotak gear nisbah rapat dengan enam kelajuan, dan penambahbaikan dibuat pada gear yang rendah untuk pecutan yang lebih bertenaga. Gear dari jenis “cassette” pula membolehkan penunggang membuat penalaan dan pertukaran yang lebih mudah bagi kegunaan litar. Kedua-dua model juga dilengkapi sistem Directional Quick Shift yang tidak memerlukan klac ditarik apabila membuat pertukaran gear, manakala “shift linkage” boleh diterbalikkan adalah antara ciri-ciri yang terdapat pada sebuah motosikal perlumbaan
sebenar. Motosikal ini juga dilengkapi “shift light” yang memberi amaran kepada penunggang untuk menukar gear.


GSX-R1000 dan GSX-R1000R juga dilengkapi Suzuki Clutch Assist System (SCAS) dan klac basah yang bertindak sebagai slipper clutch. Ciri-ciri elektronik lain termasuklah “launch control” dan “motion track brake system” yang hanya ditawarkan dengan model GSX-R1000R. Kedua-dua motosikal menggunakan sistem gantungan hadapan Advanced Showa Balance Free Front Fork (BFF) dan bahagian belakang dilengkapi sistem brek empat-piston Brembo dan sistem Brek AntiKunci (ABS).


KATANA (GSX-S1000S)
• RM77,989.00 (Tanpa insurans dan pendaftaran)
• Metallic Mystic Silver
• Glass Sparkle Black


Tiada motosikal yang lebih ikonik dari Katana. Model 2021 dan terbaharu dari Suzuki ini memberi penghormatan kepada model asal yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1982 manakala rekabentuknya yang unik terus menggariskan semangat yang terkandung dalam penghasilan sebilah pedang Samurai. Dibangunkan berdasarkan enjin model GSX-R1000 dan kerangka GSX-S 1000, Katana terbaharu ini diilhamkan untuk memberi tunggangan yang lebih bertenaga dan mengujakan. Seperti juga proses yang terlibat dalam pembuatan pedang Samurai, pembangunan dan rekabentuk Katana adalah begitu terperinci dan menggabungkan tradisi terdahulu yang menitikberatkan pertukangan seni dan digabungkan dengan kecanggihan teknologi terkini.
Katana dibangunkan atas rangka “aluminium twi-spar” dan dilengkapi dengan lengan ayun superbike (superbike-type braced swing arm) yang memberi prestasi kendalian yang lebih mantap.


Rekabentuk bahagian hadapan adalah lebih agresif dengan lampu LED yang sama garangnya. Bahagian ekor Katana ini juga dilengkapi dengan lampu LED yang bersahaja tetapi kemas. Katana juga dilengkapi meter pelbagai fungsi yang membantu penunggang untuk menerima informasi penting secara jelas.
Motosikal ini dipacu oleh enjin empat silinder sebaris bersesaran 999cc dan menghasilkan 147hp (110kw) dan juga dilengkapi Clutch Assist System (SCAS). Sistem Suzuki Advanced Traction Control menawarkan empat mod berbeza (1, 2, 3, dan OFF) dan boleh diselaraskan sewaktu menunggang dengan menggunakan kawalan pada bar hendal. Ia juga menggunakan sistem gantungan hadapan
terbalik (inverted) yang boleh diselaraskan sepenuhnya, manakala sistem brek dilengkapi dengan dua rotor hadapan terapung (floating) dari Brembo Monobloc. Sistem ABS juga adalah standard.

GSX-S750
• RM40,989.00 (Tanpa insurans dan pendaftaran)
• Metallic Triton Blue dengan Glass Sparkle Black
• Metallic Oort Gray dengan Glass Sparkle Black.


Model GSX-S750 yang agresif dan menampilkan gaya “street-fighter” ini dijana oleh enjin empat silinder sebaris 749cc dan meletakkannya sebagai motosikal yang menawarkan prestasi dan nilai yang terbaik di pasaran. GSX-S750 dibangunkan berdasarkan warisan GSX-R750 dan menggunakan pengalaman Suzuki
beraksi di dalam sukan permotoran MotoGP. Kerangka yang unik menggabungkan rekabentuk kerangka “tubular girder street bike” dan “twin-spar sport bike”, bersama dengan sistem suspensi KYB untuk kendalian yang lebih mantap dan tepat.
Penambahbaikan enjin termasuk pemancit badan pendikit (throttle body) yang menggunakan sistem Suzuki Dual Throttle Valve (SDTV) untuk respon yang lebih bertenaga pada kedudukan rpm rendah dan pertengahan tanpa menggugat prestasi pada rpm yang tinggi. Aci sesondol direka khas untuk menjamin penghantaran daya kilas dan pacuan yang lancar dan bertenaga. Penggunaan kotak gear
nisbah rapat enam kelajuan menjadikan model GSX-S750 ini lebih pantas memecut dari model sebelumnya tetapi masih mampu mencapai kelajuan maksima yang sama. GSX-S750 turut dilengkapi dengan Suzuki Advanced Traction Control yang menawarkan empat mod yang berbeza (1, 2, 3, dan OFF) dan boleh diselaraskan sewaktu menunggang menggunakan kawalan pada bar hendal. Sistem brek hadapan dilengkapi dengan Nissin Monobloc rotor berkembar dan ABS.


V-STROM 650XT
• RM37,989.00 (Tanpa insurans dan pendaftaran)
• Candy Red dengan Glass Sparkle Black
• Champion Yellow
Model V-Strom 650XT dibangunkan dengan nilai-nilai terbaik seperti tahan lasak dan serba boleh (versatile) – satu penghormatan kepada ikon motosikal rali Suzuki iaitu DR-BIG, khusus bagi kegunaan lasak di atas jalan dan pengembaraan berbentuk off-road.
Model terbaharu V-Strom 650XT seberat 216kg ini lebih ringan, menjadikan ia lebih lincah untuk dikendalikan, dan dipacu oleh enjin V-Twin 645cc dilengkapi dengan kotak gear enam kelajuan. Ia turut dilengkapi sistem Suzuki Advanced Traction Control, sistem bantuan RPM rendah dan ABS. Memaparkan rekabentuk yang simplistik, V-Strom 650XT lengkap dengan ciri-ciri touring termasukl lampu depan bertingkat, cermin hadapan dengan tiga peringkat penyelarasan, kombinasi paparan takometer analog dan meter kelajuan digital, pengecas DC, pelindung tangan, pelindung bawah
enjin, rim jejari tanpa tiub dan kapasiti tanki bahan api sebanyak 20 liter. Ia juga mempunyai ruang lega bumi setinggi 170mm, manakala kerangka yang kuat dan ringan. V-Strom 650XT juga dilengkapi dengan pendakap khusus untuk memudahkan pemasangan sistem “luggage” yang mudah untuk dipasang dan dibuka.

SV650
• RM37,289.00 (Tanpa insurans dan pendaftaran)
• Pearl Brilliant White
• Glass Sparkle Black
Kerangka yang lebih ringan, personaliti yang lebih menyerlah dan enjin V-twin 645cc meletakkan model SV650 sebagai salah satu motosikal yang disegani di dalam kategorinya. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1999, model SV650 ini terus menerima pelbagai penambahbaikan dan generasi terbaharu ini menjanjikan bukan sahaja prestasi yang lebih tinggi tetapi juga tunggangan yang lebih mengujakan.
SV650 terus menggunakan rangka trellis yang terbukti lebih kuat tetapi ringan, dan memberikan motosikal tersebut penampilan yang lebih agresif. Jurutera-jurutera Suzuki juga telah menukar posisi tabung ekzos bagi menambah sudut miring semasa mengambil selekoh. Berbekalkan enjin V-twin, DOHC, dual spark dengan kapasiti 645cc, SV650 berkemampuan untuk memacu dengan lancar sehingga 10,000 rpm. Enjin ini juga menawarkan kecekapan dari segi penggunaan bahan api dan pelepasan asap yang lebih bersih. Sistem pancitan bahan api yang lebih canggih bersama dengan sistem bantuan putaran enjin (rpm) rendah menjamin prestasi yang lebih tinggi dan cekap semasa dalam tunggangan perlahan. SV650 turut dilengkapi dengan kotak gear nisbah rapat enam kelajuan dan dibangunkan khas untuk penunggangan berulang-aling atau yang bertenaga. Model ini menggunakan sistem brek Tokico bersamaan dengan rotor stainless steel terapung berukuran 290mm beserta ABS untuk prestasi brek
yang maksimum. Kesemua enam model itu boleh didapati di Suzuki Big Bike World sementara model-model GSX-S750, V-Strom 650XT dan SV650 turut boleh didapati di Suzuki Station Plus. Kesemua motosikal Suzuki hadir diberi jaminan dari selama 2 tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lanjutan, sila layari laman web di www.suzuki.com.my atau email kepada [email protected]

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *