Honda BeAT datang dengan Gaya Baharu

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda BeAT dengan penampilan segar melalui warna dan jalur terkini, berdasarkan elemen Stylish Sport dan Moden. Dengan penampilan baharu, Honda BeAT akan terus melengkapkan kehidupan remaja yang bergaya disamping membuktikan ia sebagai alat pengangkutan yang boleh dipercayai.

Honda BeAT dikuasakan oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 6.47 kW @7,500 rpm dan memberikan tork maksimum 9.53 Nm @6000 rpm. Enjin eSP ini mematuhi Euro 4 dan memenuhi piawaian Energy Efficient Vehicle (EEV) dengan penggunaan bahan api 59.1 km/liter (WMTC test mode).

Model ini didatangkan dengan keselesaan menunggang yang hebat, hasil daripada inovasi enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang tangkas, mudah dikawal dan memberikan lebih ruang bagi tangki bahan api berkapasiti 4.2ℓ & kapasiti penyimpanan 11.7ℓ di bawah tempat duduk.

BeAT terus menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS) – disambungkan menggunakan tuil brek belakang, yang menggabungkan brek hadapan dan belakang serta mengagihkan tekanan secara optimum antara keduanya untuk mencapai jarak brek yang diingini. Model ini juga terus mengutamakan keselamatan pengguna melalui ciri-ciri seperti lampu depan LED, kunci brek parkir untuk permulaan atau parkir yang selamat dan Side Stand Switch yang secara automatik menghentikan enjin apabila dirian sisi diturunkan.

Skuter bergaya ini kini didatangkan dalam empat pilihan warna baharu iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue, harga yang di tawarkan adalah RMRM 5,765.00.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *