Honda CB650F

Setelah sekian lama memerhati akhirnya minggu ni admin diberi peluang untuk menguji Honda CB650F di penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini. Perjalanan ujian perlu dijalankan mana tau sempat lagi kalau ada yang berkenan untuk bawa pulang selepas berhari raya nanti sambil senyum meleret.

Honda CB650F ini merupakan model yang menjadi taruhan Boon Siew Honda untuk bersaing bersama-sama dengan model sedia ada di kelas pertengahan. Sekali imbas, kalau kita terlihat di atas jalanraya nampak ada iras CB500F. Namun jika diperhatikan betul betul ada perbezaannya, terutama pada saiz enjin dan bunyinya.

Dari segi keselesaan tunggangan admin tiada nak komen kerana sedia maklum Honda mempunyai antara suspensi yang baik. Kedudukan ketika menunggang juga merupakan antara faktor boleh dikatakan ianya bikers friendly. Agak mudah untuk kita mengawal motor ini walaupun ketika di dalam kesesakan jalanraya, ternyata 

tidak mengecewakan bagi yang sudah biasa akan kesesakan di bandaraya. Bolehlah mencelah bersama geng kapcai dengan penuh yakin, kerana bentuknya yang langsing dan mudah untuk menolaknya di tempat letak motosikal. Tidak telalu berat, sekitar 208kg dan tinggi dari tempat duduk 810mm. CB650F ini cukup sesuai untuk perjalanan jauh atau dekat. Tidak memenatkan jika hari biasa digunakan ke tempat kerja dan hujung minggu pula boleh pergi bersiar siar merehatkan badan ke kawasan peranginan kerana enjin 649cc DOHC 4 lejang beserta cecair sejuk bersedia kemana sahaja yang kita hendak tuju. Enjinnya agak lembut di dengari ketika berada pada RPM yang rendah tetapi kebanyakan kuasanya dari rpm pertengahan hingga lah ke 11,000 RPM. Jadi secara kasarnya CB650R mudah dikawal dengan yakin ketika perlahan ataupun ketika laju.

CB650F dipadankan dengan Brek Disc berkembar 320mm 2 piston Nissin Caliper manakala Brek bahagian belakangnya 240mm Disc Tunggal berserta caliper piston tunggal. Kesemuanya mempunyai ABS dan kita akan berasa lebih konfiden memberhentikannya, walaupun ketika di jalan yang basah. Admin sempat merasai nya menunggang ketika hari hujan.Suspensi Showa dual bending valve fork 41mm untuk bahagian depan dan linkage – assisted shock dengan preload spring 5 inch melengkapkan keselesaan tunggangannya.

Lampu LED pada bahagian depan dan belakang memberikan penampilan yang anggun dan sporty. Manakala bahagian informasi iaitu meter juga menggunakan sistem digital agar mudah dan jelas untuk kita mengetahui keadaan motor ketika menunggangnya.

Honda CB650F ini di datangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Matte Gunpowder Black, Millennium Red dan Pearl Spencer Blue dengan harga dari RM 44,995.00. Satu pakej yang menarik bukan?.Bagi yang baru berjinak-jinak ke motosikal yang berkuasa besar, boleh la mencuba dan merasai apa yang Honda CB650F ini dapat memenuhi impian anda disamping memudahkan pergerakkan perjalanan anda setiap hari.

GALERI