Honda Dash 125

Pada 16 Julai 2018, Boon Siew Honda telah melancarkan model kapcai terbaharu iaitu Honda Dash 125 yang mengunakan enjin serba baharu dimana ia hadir dengan sistem suntikan bahan api Honda PGM-Fi.
Honda Dash 125 ini juga direka lebih ranggi berbanding model sebelumnya dengan enjin yang mampu menjana 9.86HP dan 9.54Nm tork. Antara ciri-ciri menarik yang ditambah pada model terbaharu ini ialah lampu LED yang mampu meningkatkan tahap penglihatan penunggang dijalan raya, pelindung kaki, jalur rim yang menarik dan rekaan meter yang kelihatan lebih kemas akan menambat hati mereka yang inginkan pembaharuan bagi model ini.
Terdapat empat pilihan warna bagi Honda Dash 125 baharu iaitu Hitam Mutiara, Biru Mutiara, Merah dan Edisi Repsol. Harga? Jangan risau. Harga yang ditetapkan sangat berpatutan iaitu dari RM5,999 sehingga RM6,999 (harga asas tidak termasuk cukai jalan dan insurans) serta jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km, mana yang terdahulu. Jadi, bagi yang berminat bolehlah pergi ke kedai motosikal berhampiran!

Sila “like” & “share” Facebook ENJIN DOTcom & “follow” kami di Instagram.
Jangan lupa menetapkan ENJIN DOTcom sebagai “see first” di FB anda!

#boonsiewhonda #honda #dash125 #enjindotcom #thepowerofdreams