JARDINE CYCLE & CARRIAGE MENERUSKAN KOMITMEN DI ASIA TENGGARA DENGAN PELANCARAN PROGRAM BIASISWA UNIVERSITI SERANTAU

KUALA LUMPUR, 1 AUGUST, 2019 – Jardine Cycle & Carriage (“Jardine C&C”) (“怡合”), syarikat kumpulan terkemuka yang mempunyai pelbagai kepentingan jangka panjang dalam pasaran Asia Tenggara, mengumumkan Jardine Cycle & Carriage Scholarship sempena perayaan ulang tahun ke-120 pada tahun 2019.

Bagi meneruskan komitmen mereka terhadap rantau Asia Tenggara, Jardine C&C menubuhkan satu program biasiswa universiti untuk menaja yuran pengajian pelajar di Singapura, Indonesia, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Myanmar. Melalui pelbagai sumbangan yang bersifat jangka panjang, Jardine C & C akan terus menyokong institusi pengajian yang terlibat secara berterusan bagi tempoh lapan hingga 12 tahun. Dalam tempoh masa 10 tahun yang akan datang, kira-kira 70 mahasiswa Asia Tenggara akan menerima biasiswa Jardine Cycle & Carriage.

Mengulas tentang program biasiswa serantau ini, Alex Newbigging, Pengarah Urusan Kumpulan Jardine C&C berkata, “Pelancaran program biasiswa ini menegaskan komitmen Jardine Cycle & Carriage untuk teruskan pelaburan di Asia Tenggara. Kehadiran syarikat kami di rantau ini disokong oleh pelbagai perkongsian yang telah kami bina selama ini. Kami bukan sahaja mencari peluang perniagaan bersama rakan kongsi kami, tetapi juga mencari cara memberikan impak sosial yang positif.”

“Dengan meningkatkan akses kepada pendidikan dan bekerjasama dengan rakan kongsi universiti kami, kami bertujuan untuk membantu membina masyarakat yang lebih kuat dan makmur di seluruh rantau ini. Jardine Cycle & Carriage Scholarship juga mencerminkan strategi pelaburan kami – pelaburan jangka panjang yang memberi fokus terhadap pembangunan Asia Tenggara. Kami berharap inisiatif ini dapat memperkayakan institusi pendidikan tempatan. Di samping itu, biasiswa ini bertujuan untuk membuka peluang kepada bakat terpendam Asia Tenggara yang boleh menggunakan peluang ini untuk memajukan komuniti tempatan mereka dan akan memacu proses pembangunan.“

Universiti-universiti yang terlibat adalah National University of Singapore, Universitas Indonesia, University of Malaya, Vietnam National University, Chulalongkorn University dan University of Yangon. Program ini terbuka kepada para siswa dari pelbagai bidang. Kriteria pemilihan termasuk prestasi akademik yang cemerlang, komitmen yang tinggi terhadap tugas awam, penglibatan kuat dalam aktiviti kemasyarakatan, dan juga jumlah pendapatan seisi rumah. Pengambilan pertama akan bermula pada bulan Ogos 2019.

Jardine C&C mempunyai tradisi selama tiga dekad dalam menyokong sektor pendidikan tinggi.. Sebelum ini ia telah membiayai pelbagai program pelantikan profesor dan juga program ijazah sarjana muda.The Jardine Cycle & Carriage Professorship yang ditubuhkan pada tahun 1984, merupakan program pelantikan profesor paling lama di National University of Singapore (“NUS”).  Pada hari ini, ia masih menyokong seorang Pengerusi dalam bidang Pentadbiran Perniagaan yang terus kekal berterusan. Jardine C&C juga merupakan salah satu penyokong terawal Lee Kuan Yew School of Public Policy dan Singapore Management University ketika institusi-institusi ini mula ditubuhkan. Sokongan Jardine C&C terhadap sektor pendidikan menggariskan komitmen mendalam mereka terhadap masyarakat setempat dan sektor perniagaan. Selama 120 tahun, Jardine C&C telah membina portfolio perniagaan yang kukuh. Pengekalan kepentingan strategik jangka panjang mereka di Asia Tenggara akan terus menyokong pembangunan pesat di rantau ini

GALERI