Kawasaki Ninja 650

KAWASAKI memang terkenal dengan model motosikal yang sentiasa hadir dengan kejutan dan rekabentuk yang menarik, kawasaki telah melancarkan motosikal yang mana kita sangat memerlukan sesuatu kenderaan yang pantas dan selesa untuk kita bergerak ke mana dan mudah diselanggarakan, sambil melayan aktiviti hujung minggu bersama kawan-kawan. vAntara model Kawasaki yang menarik perhatian admin untuk diuji adalah Ninja 650 serba baru yang telah dilancarkan oleh Kawasaki baru-baru ini. Sememangnya jenama ini terkenal dengan Model terdahulu seperti ER6 dan Versys, yang mana cukup popular di Malaysia. Apa yang menarik perhatian pada model ini adalah reka bentuknya yang seakan supersport tetapi gaya tunggangan touring yang selesa dimana kita akan dapat merasakan posisi tunggangan beserta tindak balasnya. Kuasa enjin yang lembut ketika permulaan sehinggalah pendikit dibuka,motor ini meluncur dengan pantas hingga menyerlahkan kuasa Ninja650, sampai anak dara Pak Iman lalu pun kita tak heran, kerana melayan Ninja650 ini.Dengan kuasa enjin dari 4-lejang 649cc parellel-twin sejukan cecair, 67.3 hp pada 8,000rpm beserta 65.7Nm di 6,500rpm dan juga dilengkapi transmisi enam kelajuan dengan klac jenis slipper, ini dapat membantu ketika melakukan penukaran gear secara agresif. Ia juga dapat mengelakkan tayar belakang bergegar kuat apabila gear diturunkan secara mendadak. Keseronokan seperti enjin dua silinder yang kita ketahui, dapat dirasakan melalui lonjakkan kuasanya , tetapi dengan Ninja650 ini ia lebih lembut dan lancar. Apabila pendikit minyak mula dipulas, kuasanya boleh diguna dan dimanipulasi pada bila-bila masa sehinggakan ada yang terpedaya kerana menyangkakan ia sebuah jentera 250cc apabila menunggu di lampu isyarat. Sememangnya Ninja650 ini sebuah motosikal dengan pakej keseronokan apabila dibawa dan sesuai bagi mereka yang mahu berulang-alik ke tempat kerja atau hujung minggu.Kita tidak rasa tekanan dengan tunggangan jentera ini, dengan kedudukan yang rendah dan mudah dikawal. Harus diingat walaupun ia nampak kecil, tetapi terbukti berkuasa dijalan yang terbuka.Dengan rangka dari Trellis dan penggunaan lengan ayun aluminium baru yang mempunyai berat hanya 15 kg. Motosikal ini juga lebih ringan berbanding ER-6 iaitu 193 kg bagi Ninja 650 dan 187 kg bagi Z650, yang mana model ER-6f sebelum ini dengan berat 211 kg dan 196 kg bagi ER-6n.Rasanya awek comel dan akak nak bawa motosikal ini pun rasa selesa. Ninja650 mempunyai kedudukan posisi penunggang yang mana ia mudah dikawal, kedudukan handle/suis yang mudah dicapai, meter digital LCD yang nampak moden dan ringkas, juga tempat duduk yang selesa dengan tinggi 790 mm dari aras lantai. Ditambah pula dengan pengunaan tayar 120/70 ZR17 Dunlop di hadapan dan dipasangkan 160/60 AR17 Dunlop Sportmax D214 dibelakang! Ketika menyusuri selekoh-selekoh tajam dan pendek, motosikal ini dapat dikawal dan diarahkan ke mana ingin pergi.Dengan Sistem Suspensi hadapan 41 mm telescopic fork dan di belakang, Horizontal Back-link with adjustable preload, ini memberi keyakinan kepada penunggang di jalanraya. Ditambahlengkap dengan brek Dual semi-floating 300mm petal discs dan Single 220 mm petal disc with single-piston caliper. Motosikal kawasaki Ninja650 ini boleh didapati disemua pengedar Kawasaki di seluruh negara pada harga RM37 ribu, termasuk cukai barang dan perkhidmatan. Faktor keadaan, jarak perjalanan dan masa dibandar-bandar besar membuatkan ia adalah salah satu pilihan kebanyakan pengguna motosikal sekarang ini, terutama yang jauh untuk ke tempat kerja. Kawasaki Ninja650 ini sesuai, dijadikan pengangkutan harian dan alternatif bagi yang mahukan kuasa dan gaya serta tunggangan yang menarik.      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *