MERCEDES E 350e

BERJIMAT DENGAN MERCEDES E 350e Jenama kereta mewah seperti Mercedes-Benz selalunya dikaitkan dengan harga-harga mahal belaka. Harga beli mahal, servis mahal dan minyak mahal. Tetapi zaman sekarang banyak telah berubah dengan jenama mewah dunia. Mercedes, seperti jenama-jenama Jerman lain, telah mengadakan barisan kereta jenis hibrid, iaitu kereta yang menggunakan kombinasi penjanaan elektrik dan enjin pembakaran dalam. Yang terbaharu ialah dari barisan E Class, dan model terbaik ialah E 350e. Dijual pada harga RM393k, ia adalah kereta hibrid eksekutif mewah kedua dari syarikat terkenal Jerman itu, yang pertama ialah C 350e dari barisan C Class. Bagi memperkenalkan kehebatan model ini, Mercedes telah mengadakan acara istimewa untuk pihak media beberapa minggu lepas ke Johor Bahru dan Terengganu. Tujuan acara tersebut ialah untuk memberi pengalaman kepada orang ramai (yang seperti media yang tidak mampu membeli sebiji E Class baharu) tentang kepentingan dan kegunaan sistem pacuan hibrid yang terdapat pada kebanyakan kereta keluaran baharu dari Eropah. Tidak kurang dari 10 buah model E 350e pelbagai warna digunakan untuk tujuan ini. Untuk menunjukkan pada pihak media kelebihan model hibrid E Class ini, pihak Mercedes juga telah mengadakan pertandingan penjimatan bahanapi “Hybrid Challenge” dimana pihak wartawan diberi peluang untuk memenangi hadiah bagi sesiapa yang dapat menggunakan kuasa elektrik/hibrid paling banyak untuk menurunkan kadar penggunaan bahanapi sepanjang perjalanan. Kami dapat melengkapkan perjalanan sejauh 220km dengan hanya menggunakan kuasa elektrik sahaja tetapi kadar penggunaan petrol kami hanya 5.5 liter setiap 100km. Mungkin kami tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut tetapi kami tetap kagum dengan pencapaian model mewah terbaharu Mercedes ini. Bayangkan anda dari KL ke JB dan kemudian ke Terengganu dengan setengah perjalanan hanya menggunakan kuasa elektrik sahaja. Bayangkan penjimatan petrol yang ada dapat. Dan sama seperti model E Class lain, E 350e tetap mewah dengan ruang kabin eksekutif bermutu tinggi dan luas untuk ahli keluarga mahupun ahli perniagaan. Ia juga adalah kereta yang mampu memberikan keselesaan mewah dengan suasana senyap dan lembut diatas jalanraya tetapi masih boleh dipandu dengan cepat di lebuhraya, seakan-akan kereta berprestasi tinggi. E 350e membuktikan bahawa kemewahan berkereta Jerman tidak bererti penggunaan bahanapi tinggi. Syabas, Mercedes.

• Total Jarak Perjalanan: 544km • Total Jarak Tanpa Enjin Digunakan: 220km • Purata Kelajuan: 60km/h

  Regards, ONNY IZWAN Writer-at-large 016-3372469

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *